Bagaimana hendak mendapatkan pekerjaan di luar negara malaysia
Bagaimana hendak mendapatkan visa
Bagaimana hendak mendapatkan permit kerja
Bagaimana hendak mendapatkan permit tempat tinggal dan sebagainya lagi.
CARI KERJA MELALUI AGENSI PEKERJAAN
Carilah agensi pekerjaan antarabangsa
yang dapat menguruskan pekerjaan di negara yang anda ingini. Ini
merupakan cara yang paling mudah dan berkesan namun memerlukan kos yang
tinggi. Anda perlu membayar sekitar RM8ribu sehingga RM20ribu kepada
pihak agensi yang akan menguruskan semua dokumen serta permit untuk
anda. Sama seperti warga Bangladesh atau Myanmar yang masuk ke Malaysia
menggunakan ejen dan masing2 membayar sekitar RM12 ke RM18 ribu.
Namun saya tak galakkan,anda perlu berhati-hati,banyak penipuan dengan
tawaran agensi pekerjaan di internet ataupun di suratkhabar.
peraturan Visa antarabangsa
Visa dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi membenarkan anda masuk ke sesebuah negara.
Visa biasanya menjelaskan tempoh masa yang dibenarkan dan juga maksud atau tujuan anda masuk ke negara tersebut – contohnya untuk melancong, belajar,umrah,haji,bekerja dan sebagainya.
Peraturan imigresen eropah
Untuk masuk ke negara Eropah yang tertakluk di bawah Schengen Area (26 negara Eropah) rakyat Malaysia tidak memerlukan visa. Anda bebas memasuki kesemua 26 negara tersebut hanya menggunakan passport antarabangsa malaysia tanpa visa.
Di Eropah, anda boleh melewati sempadan negara tanpa halangan kerana di 26 negara tersebut tiada kawalan sempadan (border control) – maknanya anda tidak perlu cop passport di setiap negara. Contohnya dari Jerman ke Belgium dan Netherland – anda melepasi sempadan seumpama anda melepasi sempadan KL, Selangor dan Perak. Hanya papan tanda menunjukkan yang kini anda sudah berada di negara lain.
tips melancong eropah
Pengangkutan utama di Eropah adalah keretapi. Sekiranya anda seorang backpacker yang adventurous anda boleh menggunakan perkhidmatan bas. Jauh lebih murah, cuma masa diambil lebih lama.
Dengan bermodalkan 250euro (RM1000) anda boleh beli tiket Eurolines Pass dan anda boleh naik bas ke 44 bandar di Eropah termasuk di Scandinavia dan juga UK di dalam masa 2 minggu.
Sekiranya beli Euroline Pass berharga 350euro anda boleh travel ke semua bandar di eropah termasuk scandinavia dan uk dalam masa 1 bulan. Sekiranya anda plan dengan betul anda boleh mengunjungi lebih kurang 22 bandaraya utama di eropah di dalam masa 14 hari dengan bermodalkan RM1000.
Teringinkah anda untuk tinggal dan bekerja di luar negara?
Terdapat beberapa cara untuk bekerja di luar negara
cara 1.Jika anda belum mendapat pekerjaan,tidak ada kenalan samaada keluarga,saudaramara atau kawan yang di percayai beli tiket kapal terbang dan pergilah kemana-mana 26 negara eropah masuk sebagai pelancong tanpa viza dan anda boleh tinggal selama 90 hari (3 bulan).tetapi peraturan imigresen eropah menetapkan
sekiranya anda masuk
tanpa visa, anda dikira sebagai pelancong dan anda mesti mempunyai tiket
balik samada bertarikh tetap ataupun tiket terbuka tanpa tarikh (open
ticket). Yang pasti, tanpa tiket balik, anda boleh ditolak dari memasuki
negara tersebut (refused entry). Contohnya anda tiba di lapangan
terbang Frankfurt dan cuba melepasi pegawai imigresen. Anda tunjukkan
passport – pegawai akan menyemak dan sekiranya tiada visa yg dilekatkan
di passport maka beliau akan bertanya berapa lama anda akan berada di
Jerman? anda menjawab 3 bulan, maka dia akan meminta untuk melihat tiket
balik anda. Sekiranya anda gagal menunjukkan tiket balik, kemungkinan
besar anda tidak akan dibenarkan masuk dan perlu terbang balik ke
Malaysia on the spot.
Dengan adanya visa pula, isu mengenai
tempoh anda tinggal di negara tersebut tidak akan timbul dan pegawai
imigresen tidak akan bertanyakan tiket balik anda.
Semasa anda melancong gunakan kesempatan untuk mencari kerja.Beritahu majikan baru anda untuk keluarkan surat tawaran kerja, Kemudian anda pergi ke kedutaan malaysia di negara yang anda lawati dapatkan bantuan untuk menguruskan visa,permit kerja dan sebagainya..
Jika anda terus bekerja menggunakan visa melancong apabila di tangkap anda di kira bekerja secara haram dan boleh di kenakan denda dan penjara.Seperti yang berlaku kepada pekerja indonesia,myanmar, bangladesh, cina di negara kita.
cara 2.Sekiranya anda mempunyai kenalan atau saudara yang mempunyai perniagaan di luar negara adalah paling mudah. Minta saudara atau kenalan tersebut tawarkan pekerjaan kepada anda dan beliau akan menguruskan semua dokumen serta permit untuk anda.Bula dah sampai sana pandai-pandailah anda mencari kerja.
cara 3.Sekiranya anda sudah mendapat pekerjaan melalui agensi mencari kerja natarbangsa atau anda telah membuat interview secara online dengan majikan baru anda,ada surat tawaran pekerjaan. Jadi anda kena uruskan visa pekerjaan.Caranya Pergi ke kedutaan negara tersebut dan pohon visa bekerja untuk ke negara tersebut. Anda perlu mengisi borang dan bagi sesetengah kedutaan anda perlu menghadiri temuduga sebelum visa dikeluarkan kepada anda sekiranya permohonan visa adalah untuk tujuan pekerjaan. Anda perlu menunjukkan bukti pekerjaan atau tawaran pekerjaan. Kemudian pihak kedutaan akan megesahkan perkara tersebut dengan bakal majikan anda sebelum visa dikeluarkan kepada anda. Visa akan dikeluarkan untuk tempoh 3 bulan.
PERMIT PEKERJAAN (WORKING PERMIT)
Tidak terlalu susah untuk mendapat
pekerjaan di sesebuah negara sekiranya anda rajin dan tidak memilih
kerja. Namun harus diingat, bahagian yang sukar adalah untuk mendapatkan
permit pekerjaan. Sekiranya bekerja tanpa permit – anda dikira
melakukan kesalahan yang besar. Sekiranya ditangkap anda boleh didenda,
dipenjara dan dihantar balik ke negara asal. Kebanyakan majikan
terutamanya di Jerman ini tidak akan mengambil pekerja tanpa permit.
Sekiranya anda memohon sesuatu pekerjaan anda perlu menunjukkan permit
dan sekiranya anda barulah anda diterima.
Namun begitu – anda boleh mencuba nasib
dengan meminta agar bakal majikan menyediakan permit atau menawarkan
pekerjaan terlebih dahulu kepada anda. Dengan tawaran pekerjaan tersebut
maka anda boleh memohon permit pekerjaan. Permit akan dikeluarkan
setelah pihak imigresen berhubung dengan majikan anda dan mengesahkan
perkara tersebut.
Seterusnya setelah mendapat permit kerja maka bolehlah anda memohon permit penduduk.
PERMIT PENDUDUK (RESIDENT PERMIT)
Permit penduduk adalah kad pengesahan
yang menyatakan anda adalah seorang penduduk di negara tersebut. Kad
tersebut menunjukkan tarikh luput biasanya selama 2 tahun dan boleh
diperbaharui.
Bagaimana nak dapatkan Permit Penduduk?
Anda mestilah tinggal di negara tersebut
sebelum anda diberikan permit. Permit ini biasanya diberikan untuk
orang yang tinggal dan bekerja di sesebuah negara. Anda mestilah
mempunyai permit pekerjaan terlebih dahulu sebelum diberikan permit
penduduk. Permit turut diberikan kepada pasangan yang sudah berkahwin.
Permit turut menyatakan samada orang tersebut dibenarkan tinggal dan
bekerja atau dibenarkan tinggal sahaja tapi tidak boleh bekerja
(biasanya diberikan kepada pasangan atau isteri/suami).
Bagi pasangan yang mempunyai permit
penduduk dan di dalam permit dinyatakan yang anda dibenarkan bekerja
maka anda bolehlah mencari pekerjaan dengan mudah di mana anda secara
automatik telah mempunya permit pekerjaan (seperti yg dinyatakan di
dalam permit penduduk). Namun sekiranya anda tidak dibenarkan bekerja,
kebiasaannya anda perlu menunggu selama 2 tahun dan anda boleh memohon
permit pekerjaan.
Working permit dan Resident Permit di pohon setelah tiba di negara germany kos keduanya sekitar 300euro.
No comments:
Post a Comment