aku warganegara malaysia.Aku berketurunan jawa.ibu dan bapa ku orang
jawa.nenek moyang ku berasal dari pulai jawa.Aku menulis asal usul
bagaimana orang jawa dari pulau jawa berhijrah kemalaysia.semoga memberi
maklumat bagi orang keturunan jawa yang berada di malaysia tentang asal
usul mereka.
wilayah kerajaan johor lama adalah meliputi negeri johor,singapura,melaka,negeri sembilan, selangor dan pahang.Apabila portugis datang negeri melaka di tawan.Apabila inggeris datang satu malaya di tawan.
wilayah kerajaan johor lama adalah meliputi negeri johor,singapura,melaka,negeri sembilan, selangor dan pahang.Apabila portugis datang negeri melaka di tawan.Apabila inggeris datang satu malaya di tawan.
kenapa ramai orang jawa di johor dan selangor ?Kisahnya bermula apabila Sistem tanaman paksa oleh Belanda pada tahun 1820-an yang telah memaksa penduduk
Jawa menanam hanya kopi, teh dan rempah ratus sahaja telah menimbulkan
kemarahan orang Jawa yang menghadapi kekurangan bahan makanan.
Mengikut catatan sejarah, penghijrahan orang Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu
yang paling aktif ialah pada tahun 1835 sehingga 1900. Ini adalah berikutan
Sistem Rodi atau Tanaman Paksa yang dipaksakan oleh Belanda dan pengeluaran
hukuman berat kepada sesiapa yang engkar perintah sehingga sampai ke tahap
mengancam nyawa.
Keluarga kerabat Diraja Cerebon sebagai contoh merupakan
kumpulan saudagar Raja yang paling aktif kerana mereka mahir berlayar dan
berdagang di serata teluk dan rantau serta pelabuhan-pelabuhan di Nusantara.
Berdagang dan berdakwah adalah budaya hidup mereka. Mereka
mewarisi ilmu pelayaran, perdagangan di samping penyibaran agama sejak
turun-temurun dan berasal-usul daripada sheikh-sheikh dan pedagang Arab.
Mengikut catatan Belanda, Temenggong Daing Ibrahim pernah berulang alik dari Jawa ke Melaka pada tahun 1800-1825 kemudian
anaknya Lebai Muhamad adalah
antara nakhoda Jawa berdarah Arab (orang keturunan jawa-arab ramai menetap di Cerebon) yang telah membawa masuk
orang-orang Jawa ke Semenangjung Tanah Melayu.
Mereka mempunyai jadual belayar
yang tetap dan berulang alik dari Pulau Jawa sejauh Maluku, Tuban, Cerebon, Betawi,
Siak, Singapura, Muar, Melaka, Selangor, Kelang, Bruas dan Kuala Kedah dari
tahun 1800-1879.
Kampung Jawa Muar (Kg Bakri)
contohnya telah dibuka pada tahun 1869 oleh Hj Md Noh anak Lebai Muhamad bin Hj
Ibrahim. Sebelum itu, Penghulu Jabar
yang berasal dari Jawa Timur telah mengikut kumpulan pelayaran saudagar raja
Cerebon ke Parit Bakar Muar pada tahun 1860 dan membuka Parit Jawa pada 1865.
Rombongan dan penghijrahan dari Jawa terus berlaku pada tahun-tahun berikutnya
apabila Gerisik, Bukit Gambir, Sungai Raya dan beberapa perkampungan dan desa
dibuka oleh orang Jawa di Muar dan di sepanjang pantai barat Johor atas galakan
Maharaja Abu Bakar yang kemudian bergelar Sultan Johor (1885).
Gerombolan kedua orang Jawa
berhijrah ke Johor, sebelah pantai timur Johor dan di sepanjang pantai barat
Semenangjung adalah pada tahun 1915 sehingga hujung 1930-an berikutan pembukaan
ladang getah, nenas dan teh tetapi penanaman teh tidak digemari oleh orang Jawa
kerana mereka mempunyai pengalaman pahit dan hitam di Jawa sehingga pengusaha-pengusaha
dan peladang Inggeris terpaksa membawa masuk perkerja dari India bekerja di ladang
teh mereka.
Pada tahun 1885, bermula sejak
Maharaja Abu Bakar bergelar Sultan, semua peneroka Jawa dibenarkan menamakan
kampong dan desa yang dibuka oleh mereka mengikut nama atau tempat asal usul
mereka kerana kesetiaan mereka tidak diragui lagi dan Sultan Abu Bakar telah
mendapat mandat dan daulat sultan secara rasmi dari kerajaan Inggeris.
Orang Jawa juga banyak dibawa
masuk oleh Syarikat Konstantinople milik jutawan Arab bernama As Sagof yang
mendapat konsesi membuka ladang seluas daerah Pontian. Beliau ialah sahabat
baik kepada Maharaja Abu Bakar dan beliau telah membawa masuk pekerja-pekerja
Jawa melalui Sistem Haji di mana beliau memberi kemudahan menunaikan fardu haji
kepada pekerja Jawa melalui tabungan upah bekerja di ladang kelapanya di
Pontian. Pekerja Jawa boleh menunaikan fardu haji apabila wang perbelanjaan
yang dikumpulkan mencukupi. Mereka juga diberi kemudahan menunaikan haji
terlebih dahulu dan kemudian bekerja untuk melangsaikan hutang. Sesiapa yang telah menunaikan fardu haji
diberi pilihan untuk pulang ke kampung halaman atau terus menetap atau bekerja
mengumpul wang sebagai bekalan apabila kembali ke tanahair dengan bekerja di ladang
Syarikat Konstantinople.
Perusahaan dan perniagaan
syarikat ini amat terkenal dan terbesar di Asia Tenggara ketika itu.
Perdagangan yang diusahakan oleh syarikat ini termasuk perkapalan,
pengangkutan
laut, perladangan dan juga perniagaan barang-barang nusantara dan juga
dari
Cina ke Timur Tengah sehingga ke Konstantinople di Turki. Keluarga As
Sagof
memiliki puluhan kapal sendiri dan sebahagian besarnya berkuasa dan
berinjin wap. Ladang-ladangnya terdapat di Pulau Muluku, Kalimatan atau
Borneo,
Pulau Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu khususnya di Johor.
Pejabat-pejabat
pengurusan syarikat ini terdapat di Turki, Saudi Arabia, Yemen, India,
Sumatera, Pulau Jawa dan di Singapura. Pejabat terbesarnya terletak di
Konstantinople Turki dan di sebelah timur terletak di Singapura dan
ditengah-tengah rangkaian perdagangannya yang terletak di Yemen dan juga
India.
Di Johor, kemudahan
atau Sistem Haji yang diperkenalkan oleh
Syarikat Konstantinople mendapat sambutan hangat dari penduduk Jawa yang
beragama Islam kerana tiada berunsur penipuan dan penganiayaan. Berbondong-bondong
orang Jawa mendaftar diri menjadi pekerja Syarikat Perladangan Konstantinople
ini. Sebahagiannya terus menetap dan menjadi rakyat Johor.
Ketika Zaman Jepun (1942-1945)
terdapat juga catatan sejarah di mana banyak tentera paksa berketurunan Jawa
yang dibawa masuk dari pulau Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu gagal pulang dan
akhirnya terus menyusup dan menetap sebagai penduduk di sini. Mereka diterima
dengan baik kerana terdapat suku Jawa yang telah lama bermastautin malah diakui
sebagai rakyat asal Negeri-negeri Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment