Pages

Saturday, 22 February 2014

Masaalah kad kredit



Betulke interest kad kredit 18% setahun
Kita kadangkala terpedaya dengan kenyataan bahawa interest kad kredit lebih tinggi dari interest personal loan. Jadi, di sini saya ingin tunjukkan apakah fakta yang sebenar tentang interest kad kredit dan bagaimanakah caranya kita dapat menjimatkan interest kad kredit

1. Interest kad kredit dikira berdasarkan baki yang belum jelas.
Jika baki yang belum jelas ialah RM10,000, maka interest kad kredit pada bulan tersebut ialah 1.5% x RM10,000 = RM150. Maknanya semakin kurang baki belum bayar yang tinggal, maka semakin kurang interest yang dikenakan

2. Interest tidak akan dikenakan jika kita membayar semua hutang kad kredit sebelum tarikh akhir bayaran
Maksudnya, jika kita menggunakan kad kredit kita sebanyak RM1,000 pada bulan tersebut dan menjelaskan bayaran RM1,000 sebelum tarikh akhir bayaran, maka tiada sebarang interest dikenakan oleh pihak bank

3. Semakin banyak kita bayar setiap bulan, semakin banyak kita boleh jimatkan interest
Sekiranya kita menggunakan kad kredit kita sebanyak RM10,000, bayaran minima yg bank minta kita bayar ialah RM500. Tahukah anda bahawa jika kita kekalkan bayaran RM500 setiap bulan tanpa mengkut jumlah minima yang dinyatakan di dalam penyata yang dihantar oleh pihak bank, hutang RM10,000 akan selesai dalam tempoh 23 bulan sahaja ! Dan kadar interest yang perlu dibayar untuk tempoh 24 bulan itu ialah 0.37% sahaja sebulan !

Kesimpulannya di sini, anda boleh jimatkan interest kad kredit jika anda tahu bagaimana caranya

bagaimana kita boleh menjimatkan interest kad kredit.

Seperti yang kita sedia maklum, interest kad kredit dikira berdasarkan baki yang belum jelas setiap bulan. Maknanya, semakin sedikit baki yang tinggal, semakin rendah caj yang dikenakan kepada kita.

Contoh bagaimana bank mengira interest untuk kad kredit :

Hutang kad kredit : RM20,000
Bayaran minima 5% : RM1,000

1. Sekiranya kita membayar jumlah minima iaitu RM1,000
RM20,000 - RM1,000 = RM19,000
RM19,000 x 1.5% = RM285
Jumlah interest yang dikenakan oleh pihak bank kepada kita ialah sebanyak RM285 pada bulan tersebut.

2. Sekiranya kita membayar RM2,000
RM20,000 - RM2,000 = RM18,000
RM18,000 x 1.5% = RM270
Jumlah interest yang dikenakan oleh pihak bank kepada kita ialah sebanyak RM270 pada bulan tersebut

2. Sekiranya kita membayar RM10,000
RM20,000 - RM10,000 = RM10,000
RM10,000 x 1.5% = RM150
Jumlah interest yang dikenakan oleh pihak bank kepada kita ialah sebanyak RM150 pada bulan tersebut

Daripada ketiga-tiga contoh di atas, kita dapat simpulkan bahawa semakin kurang baki hutang belum jelas, semakin kurang interest yang dikenakan oleh pihak bank

Sebenarnya,  ada 2 cara untuk kita menjimatkan interest kad kredit

1. Membayar lebih banyak setiap bulan
2. Membayar balik lebih rm50 setiap bulan


1. Membayar lebih banyak setiap bulan
Maksud membayar lebih banyak setiap bulan ialah anda perlu membayar lebih daripada jumlah minima yang bank minta. Tahukah anda bahawa jika anda membayar 2x ganda dari jumlah minima yg bank minta, hutang anda akan selesai dalam tempoh 11 bulan sahaja ?

2. Membayar balik lebih rm50 setiap bulan
Tahukah anda jika anda mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM10,000...dengan menambah bayaran minimum kredit kad anda sebanyak RM50 setiap sebulan, anda mampu mengurangkan tempoh bayaran hutang kad kredit anda dari 87 bulan kepada hanya 54 bulan ?

Bukan itu sahaja, dengan tambahan sebanyak RM50 setiap bulan anda juga mampu menjimatkan bayaran interest sebanyak RM997 !!

Apa yang saya maksudkan di sini ialah, jika hutang kad kredit sebanyak RM10,000, bayaran minima kredit kad anda ialah RM500, cuba tambahkan RM50 menjadi RM550. Mengikut kiraan biasa, sekiranya anda membayar jumlah minima mengikut penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank, hutang RM10,000 akan mengambil masa 87 bulan untuk diselesaikan.

Maka, jika anda berniat utk mengurangkan caj interest yg dikenakan oleh pihak bank kepada anda, bayar lebih RM50 setiap bulan !
Tak cukup duit nak bayar hutang kad kredit
Anda mempunyai masalah tidak cukup wang setiap bulan dan mempunyai hutang kredit kad yang perlu dibayar setiap bulan ?

Kami sedia membantu anda untuk mengurangkan bayaran minima hutang kredit kad anda sehingga 55% daripada bayaran minima sekarang


Contohnya, jika sekarang anda perlu membayar sebanyak RM1,000 sebulan untuk hutang kredit kad anda yang berjumlah RM20,000, sekarang tidak lagi..sebab kami boleh membantu anda mengurangkan bayaran bulanan kepada hanya RM450 sebulan


Jika anda berminat untuk mengetahui berapakah pengurangan yang boleh anda perolehi, sila SMS ke 019 4315402 atau email ke restuceria@gmail.com maklumat berikut :


Nama bank :

Kredit Limit :
Outstanding semasa :

*Pastkan kad kredit anda masih aktif

Merendahkan kadar interest dengan kaedah EPP atau MPS
Di sini saya akan tunjukkan perbezaan kaedah yang saya gunakan iaitu MPS berbanding kaedah EPP 0% interest yang ditawarkan oleh syarikat lain

Contoh Pertama


Hutang : RM10,000

Kredit Limit : RM15,000
Kad kredit : Maybank

Kaedah EPP

One Time Process Fee untuk plan 36 bulan - 28% 
Cara kiraan caj : RM10,000 / (1.00 - 0.28) - RM10,000 = RM3,888
Kad kredit pelanggan akan diswipe sebanyak RM13,888 sebelum diconvert ke EPP 0% interest selama 36 bulan
Bayaran bulanan : RM386 sebulan selama 36 bulan
Baki kad yang boleh guna : RM1,222

Kaedah MPS

Tiada caj upfront
Bayaran bulanan : RM378 sebulan selama 36 bulan
Baki kad yang boleh guna : RM5,000


Contoh Kedua


Hutang : RM10,000

Kredit Limit : RM10,000
Kad kredit : Maybank

Kaedah EPP

One Time Process Fee untuk plan 36 bulan - 28%
Cara kiraan : RM10,000 x 28% = RM2,800
Customer perlu keluarkan cash sebanyak RM2,800, jika tidak kaedah EPP tidak boleh dilaksanakan
Jika customer keluarkan cash RM2,800
Bayaran bulanan : RM278 sebulan selama 36 bulan
Baki kad yang boleh guna : Tiada

Kaedah MPS

Jika customer boleh bayar cash RM2,800
Bayaran bulanan : RM272 sebulan selama 36 bulan
Baki kad yang boleh guna : RM2,800

No comments:

Post a Comment