Kadar penggunaan diesel bergantung kepada banyak perkara seperti berikut:
1. Jenis generator dan kapasiti
2. Kecekapan kilang
3. Penggunaan mesin sokongan seperti wheel loader untuk operasi kilang.
Mengikut
pengalaman saya dan maklumat daripada rakan rakan di industri sawit,
standard penggunaan diesel di kilang sawit saya kategorikan seperti
berikut:
Sangat cekap =di bawah 10,000 liter sebulan
Normal = di bawah 18,000 sebulan
Tidak cekap dan membazir = lebih 20,000 liter sebulan.
Kategori di atas diambil secara kasar, tak kisah jika itu kilang berkapasiti kecil atau besar, ffb banyak atau pun kurang.
Isunya, kenapa ada kilang menggunakan lebih 20,000 liter? Apa yang terjadi dan bagaimana nak memperbaiki keadaan tersebut?
Berikut adalah punca dan cadangan saya untuk memperbaiki :
1.
Operasi turbin bermasalah. Turbin sepatutnya mampu untuk menampung
keseluruhan tenaga eletrik yang diperlukan, namun pelbagai masalah boleh
timbul selepas beberapa tahun beroperasi. Antara masalah adalah
1.1
kapasiti turbin kecil kerana kilang telah dibesarkan. Berlaku
penambahan mesin baru dan juga jumlah perumahan di kilang atau ladang.
(Beli turbin lebih besar, kurangkan penggunaan mesin jika boleh)
1.2
turbin tidak dapat dioperasi mengikut rated capacity. Nozzle dah besar.
Steam lebih banyak digunakan. Hasilnya terpaksa digandingkan dengan
diesel generator. (Baiki turbin)
2. Operasi start dan stop kilang
Mengikut
standard operasi biasa di kilang sawit, masa yang diperuntukkan untuk
gandingan diesel generator semasa permulaan dan penutup kilang adalah 30
minit hingga 60 minit sahaja.
Jika masa yang diperuntukan lebih lama, bermakna adalah masalah sampingan berlaku. Apakah masalahnya?
Masalah bahan bakar tidak mencukupi.
Boilerman dan engine drive malas.
Kilang belum bersedia untuk operasi.
(Pasang
working floor-pengurusan bahan bakar akan lebih baik. Simpan bahan
bakar mencukupi untuk operasi seterusnya. Komunikasi antara stesen)
3. Kurang ffb.
Jika buah sawit kurang, kilang tidak akan dapat operasi turbin.
(Dapatkan lebih banyak ffb)
4. Saiz diesel generator
Pemilihan saiz diesel generator samgat penting. Ada dua jenis saiz sahaja yang diperlukan. 300-500kw dan saiz bawah 250 kw.
Kapasiti 300-500kw diperlukan untuk operasikan boiler dan turbin. Start dan stop.
Manakala untuk kapasiti 250 kw ke bawah digunakan untuk hasilkan eletrik ke perumahan semasa turbin tidak beroperasi.
Masalah
akan timbul bilamana diesel generator 300kw digunakan untuk load ke
perumahan yang lebih rendah. Akan berlaku pembaziran diesel berbanding
genset yang lebih kecil digunakan.
(Pilih dan beli diesel generator yang tepat. Pastikan maintenance genset terlibat mengikut jadual ditetapkan).
5. Kilang selalu breakdown
Apabila
kilang selalu breakdown, bahan bakar ke boiler secara tidak langsung
akan terganggu. Diesel generator terpaksa digandingkan.
(Jangan ada breakdown)
Cadangan penambahbaikan lain
1. Mass balance penggunaan bahan bakar dan tenaga stim/elektrik dikenalpasti.
Pemilihan
kapasti motor penting kerana akan menentukan jumlah keseluruhan kw yang
diperlukan. Tindakan menggunakan motor yang lebih besar bukanlah
tindakan yang bijak kerana ia akan meningkatkan keseluruhan kw. Guna
motor seperti yang diperlukan.
Banyak kesilapan
biasa pengurus kilang adalah menukar motor yang lebih besar apabila
berlaku sesuatu masalah. Jangan lakukan perkara tersebut. Kaji dulu
rekabentuk dan keperluan, jika boleh kurangkan!
2. Elakkan pembaziran stim dan elektrik
Kira. Kawal. Kurangkan.
3. Kaji penggunaan genset dan buat usaha untuk kurangkan.
4. Operasi turbin selain waktu operasi proses ffb.
5. Servis genset. Guna genset yang sesuai mengikut keperluan tenaga.
6. Servis boiler.
No comments:
Post a Comment