Mortarless Technology – Teknologi tanpa (atau sedikit) semen antara lain akan menjadi solusinya.
Dengan teknologi ini Anda akan bisa membuat rumah dengan bahan dari galian tanah di lokasi rumah yang akan dibangun. Tanah yang dikeduk untuk leveling atau digali untuk resapan air, bisa cukup untuk membuat batu bata khusus yang disebut Interlocking Brick. Dari batu bata inilah dinding rumah akan dibuat.
Untuk membangun rumah dengan Interlocking Brick selain murah juga mudah, sehingga Anda bisa bekerjasama dengan tetangga-tetangga untuk saling membangunkan rumah masing-masing. Tentu ini bisa dicapai bila Anda bertetangga dengan orang-orang yang baik seperti diindikasikan dalam hadits tersebut di atas.
Bahan Binaan Baru Perlu Dicari Menggantikan Simen
BANGI,
29 Jun 2012 – Penyelidik, ahli sains dan jurubina perlu menghasilkan
bahan binaan konkrit yang tidak menggunakan simen sebagai komponen
kerana simen dan pengilangannya mengeluarkan karbon dioksida ke
atmosfera hingga membawa kepada pencemaran.
Seorang
pakar penyelidik pembinaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof
Dr Muhammad Fauzi Mohd Zain berkata penghasilan simen Portland yang
banyak digunakan dalam industri pembinaan dalam negara bukan sahaja
membebaskan sejumlah 7% karbon dioksida global tetapi industri simen
juga banyak menggunakan sumber semula jadi seperti batu kapur, tanah
liat, minyak, arang batu dan bahan lain.
Berucap ketika menyampaikan Syarahan Perdananya atas tajuk Senibina Sifar Simen,
di sini hari ini, beliau berkata banyak bangunan bersejarah menggunakan
kaedah seni bena lama tanpa menggunakan simen mampu berdiri teguh
hingga ke hari ini.
Beliau
mengesyorkan industri pembinaan negara membantu penyelidik mengenal
pasti bahan yang sesuai untuk menggantikan sepenuhnya simen Portland
dalam konkrit.
Prof
Fauzi berkata penyelidikan sebelum ini tertumpu kepada teknologi
mengesan bahan alternatif untuk menggantikan sebahagian daripada simen
dalam konkrit dengan bahan baru yang digelar ‘bahan penyimenan tambahan’
(SCM).
Sejak
tahun 1996, penyelidik di UKM telah berjaya menggunakan teknologi
penggantian sebahagian simen dengan menggunakan SCM untuk menghasilkan
konkrit berkekuatan dan berprestasi tinggi.
Atas kesedaran pentingnya pemuliharaan alam sekitar, penyelidikan konkrit mampan dan konkrit hijau telah juga dijalankan.
Di
antara bahan alternatif atau SCM yang diselidik ialah pozolan dan abu
sekam padi. Pozolan ialah bahan yang mengandungi sebatian silika
dioksida dan bi auminum trioksida. Apabila dalam bentuk halus dan
ditambah air ia bersifat seperti simen kerana bertindak dengan kalsium
hidroksida. Buat masa ini, kos penghasilan Pozolan masih tinggi
berbanding simen.
Abu
sekam padi - Rice Husk Ash (RHA) - ialah sekam padi yang dibakar pada
suhu tinggi hingga menjadi abu yang halus yang memenuhi ciri fizikal dan
komposisi bahan kimia bahan tambah galian. Walau bagaimanapun, proses
ini memerlukan haba tinggi yang menaikkan kos pengeluaran. Penyelidikan
mengenainya masih dijalankan.
Penyelidikan
ke arah menghasilkan konkrit tanpa simen telah dimulakan sejak tahun
2009. Walaupun sukar untuk menerapkan sepenuhnya konsep seni bina sifar
simen dalam masa terdekat kerana sebahagian besar daripada pembinaan
utama di dunia masih memerlukan simen sebagai komponen utama binaan
tetapi teknologi dan potensi ke arah merealisasikan konsep ini terus
berkembang, kata Prof Fauzi.
Pada masa yang sama, reka bentuk binaan yang diinspirasikan oleh biomimetiks dan fotosintesis buatan pula boleh digunakan sebagai asas kepada konsep seni bina sifar simen untuk pembinaan yang tidak berasaskan konkrit.
Biomimetiks
atau Biomimikri ialah disiplin baru yang mana saintis meniru haiwan dan
alam sekitar untuk reka bentuk bangunan. Contohnya bangunan yang
menyerupai sarang lebah atau busut anai-anai atau sarang semut.
Fotosintesis
ialah proses di mana tumbuhan menghasilkan kanji atau gula dengan
menyerap karbon dioksida dari udara dan membebaskan oksigen. Jika pakar
sains dapat mencipta bahan binaan yang mengeluarkan oksigen, ia lebih
mesra alam, kata Prof Fauzi.
Walau
bagaimanapun, bahan yang diperlukan, seperti logam baru ruthenium agak
mahal dan kajian ini masih di peringkat terlalu awal untuk menjadi
praktikal, tambah beliau.
Prof
Fauzi menyarankan supaya UKM menawarkan satu mekanisme yang memberi
rangsangan kepada penyelidikan merentasi biomimetiks dan fotosintesis
buatan.
Untuk
mencapai matlamat ini beliau menyarankan UKM memberi penekanan jelas
dalam pemberian dana kepada penyelidikan yang merintis jalan.
Penyelidikan itu mesti menggabungkan pelbagai bidang sains, termasuk
peluang untuk penyelidik dari pelbagai bidang bekerja dalam satu
kumpulan.
Apa
yang biasa berlaku ialah pasukan penyelidik terdiri dari penyelidik
dari satu bidang atau institut sahaja dan mereka jarang menerima input
dari penyelidik atau ahli sains dari bidang-bidang lain.
Prof
Fauzi ialah pengerusi Pusat Kejuruteraan Lanjutan UKM. Beliau adalah
lulusan Diploma Pembinaan dari ITM (sekarang UiTM) dan telah melanjutkan
pengajian di Korea Selatan menerima ijazah pertamanya dari Kook Min
University dan kemudian menerima ijazah masters kejuruteraan dari Kyushu
Universiti Jepun hingga ke peringkat PhD dari universiti itu juga pada
1996.
No comments:
Post a Comment