Hikayat Merong Mahawangsa mengatakan nama negeri Perak ada
kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan
telah pergi meneroka membuka sebuah negeri baru. Putera itu telah sampai
ke sebuah sungai besar dan terdapat pula tasik, melingkungi tiga atau
empat buah pulau. Putera tersebut berkata.. " Tempat ini elok dijadikan
sebuah negeri...", Lalu baginda memanah ke udara menggunakan sebilah
anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan
'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam keatas sebuah
daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu
sebagai Pulau Indera Sakti.Tempat ini berada dalam daerah beruas sekarang.
Ini pula cerita versi Almarhum Sultan Idris.
Pada zaman dahulu Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas,
Manjung dan Janin (Hulu Perak). Dikatakan ketiga-tiga ketua daerah ini
telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu
negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bersetuju untuk menamakan
ketiga-tiga daerah ini sebagai Perak mengambil sempena nama Bendahara
Tun Perak.
KUALA KANGSAR
Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak
daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka.
Dari zaman awal lagi orang dulu-dulu telah tertarik dengan keistimewaan
sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk
mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan
berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada
sekarang. Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak
sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini
adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur
dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka
kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang
Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya
disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan
mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing
sungai.
Pada zaman dulu, Kuala Kangsar adalah satu lokasi yang sangat baik,
bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk
penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya
seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak
Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercu tanda yang memandu
orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala
Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah
berabad-abad lamanya didiami orang. Pokok getah yang pertama ditanam di
Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di
perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau
empat pemeluk.
Pasir Salak
Nama Pasir Salak berasal dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi
kulit buah salak. Salak ialah sejenis buah , kulitnya berwarna cokelat,
isi agak putih dan pokoknya seperti pokok nipah.
Sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat di tepi sungai sebagaimana
penduduk Pasir Salak. Di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup
dengan menjadi nelayan sungai, bot penambang, menghanyutkan buluh dan
balak , mengangkut buah durian dan lain-lain buah-buahan ke Teluk Intan.
Sungai Perak yang jernih jauh dari pencemaran air lombong bijih timah
yang amat-amat keruh . Maka banyaklah pokok salak tumbuh liar dan
sesetengahnya ditanam.
Taiping' yang bergelar 'Bandar Warisan' merupakan salah sebuah bandar
yang tertua di Malaysia.
Bandar Taiping dibuka pada tahun 1874 oleh peniaga Cina setelah bijih
timah ditemui di Kamunting.
Sebelum ini Taiping dikenali sebagai Klian Pauh. Taiping adalah
permulaan penghijrahan secara beramai-ramai kaum Cina yang terdiri
daripada golongan pelombong dan peniaga.
Nama ini di beri disebabkan sering berlaku pergaduhan antara
kongsi-kongsi gelap Cina kerana berebut kawasan lombong bijih timah. Tai Ping bermaksud "Aman selama-lamanya".
Bandar yang kedua besar di negeri Perak ini
pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum pusat pentadbiran berpindah ke
Ipoh.
No comments:
Post a Comment