Serangan Jepun
Jepun menduduki Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora,
Thailand, Patani dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya
menduduki Kajang dan Kelang pada 11 Januari 1942.
Serangan Jepun 1941-1945 merupakan 'rahmat tersembunyi' kepada
pergerakan komunis. Parti Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai
MPAJA dapat senjata yang dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman
Jepun terhadap orang Cina menyebabkan komunis mendapat simpati daripada
kaum Cina.
Pada Mac 1942, hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak
dengan pegawai tentera British Mejar Chapman, seramai 165 orang pemuda
Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura.
Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan
pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.
Rejimen Menuntut Kemerdekaan
(First Independent Regiment) yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah
dibentuk di Selangor pada Mac 1942. Hampir keseluruhannya disertai oleh
pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India, walaupun Bintang tiga
bermaksud tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
Ambil alih kuasa selama 15 hari
Apabila Jepun menyerah kalah pada 3 September 1945 dan British pula
lambat 15 hari mengambil alih kuasa daripada Jepun, menyebabkan komunis
mengambil alih kuasa.
Pasukan komunis telah keluar dari hutan dan mengambilalih kuasa di
kampung, pekan dan bandar di Kajang, Rasa, Semenyih dan lain-lain. Pihak
komunis merasakan perjuangan bersenjata mereka telah berjaya dan patut
diberi kuasa memerintah. Mereka menipu rakyat bahawa Jepun kalah dan
berundur dari Tanah Melayu kerana tentangan hebat daripada mereka.
Kekejaman komunis dan tindakan silap mereka selama 15 hari itu ialah:
mengadakan perbicaraan sendiri
melakukan kezaliman
membunuh orang Melayu dan Cina
mengancam seluruh penduduk
mengutip wang secara kekerasan.
merampas bangunan yang diperlukan untuk dijadikan pejabat.
mendakwa komunis telah menewaskan tentera Jepun.
mencari polis Melayu yang didakwa bersubahat dengan tentera Jepun.
menggeledah kampung-kampung Melayu yang didakwa bersubahat dengan Jepun.
MPAJA telah membunuh seramai 2,542 orang Cina, Melayu dan India yang disyaki menjadi tali barut Jepun.
Keganasan yang komunis lakukan
20% senjata tidak dipulangkan oleh komunis. Hanya 6,800 ahli MPAJA
menyerahkan senjata dan rela menyerahkannya kepada pihak berkuasa di
seluruh Tanah Melayu.
Aktiviti komunis di Kajang dan Semenyih, Selangor
1948 pihak berkuasa telah menjumpai satu tempat simpanan senjata komunis
di Kajang. Senjata ini dipercayai senjata yang dibekalkan oleh British
semasa pendudukan Jepun dahulu.
27 Jun 1948, seorang mandur penoreh getah berangsa Cina di Estet
Braemar, Kajang telah ditembak mati di luar sebuah kedai di sebuah
kampung kecil di Sungai Kantan pada 10.15 malam. Dalam badannya
diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina yang berbunyi "to destroy
labour thief". Estet Braemar ialah Taman Saujana Impian, Kajang sekarang
ini.
23 Julai 1948, pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan
telah diperkenalkan di seluruh Tanah Melayu. Ia bertujuan untuk
membezakan penduduk yang mematuhi undang-undang dengan mereka yang
berniat untuk menyebarkan unsur subversif. Mereka yang tiada kad
pengenalan akan dituduh sebagai komunis.
Julai - 2 November 1948 beberapa kejadian subversif berlaku di Kampung Kachau, Semenyih .
Julai 1948 seorang kanak-kanak lelaki British telah dibunuh di Kampung Kachau, Semenyih.
Sejak 10 Ogos 1948 kedai-kedai Cina yang meriah di Kajang ditutup, jalan
raya yang sibuk menjadi lengang kerana ancaman dan ungutan komunis
15 Ogos 1950 pengurus ladang getah Sir Day dari Ladang Glenshiled,
Kajang dibunuh. Turut terbunuh 2 polis konstable dan keraninya Lee Bien
Chee. 13 orang pengganas komunis membunuh mereka ketika dalam perjalanan
ke Sungai Reko. Turut hilang wang RM4,062.30, 1 senapang riflle jenis
313 dan senapang pendek.
Jam 2 pagi, 2 November 1948, segerombolan komunis telah membakar rumah asap dan gudang getah di Ladang Dominion, Semenyih.
2 November 1948, rumah-rumah setinggan Cina dan kedai-kedai di Kampung
Kachau, Semenyih telah dibakar oleh pasukan keselamatan British dan
diarahkan pindah ke pekan Semenyih, Seremban dan negeri Johor.
Sebahagian yang lain diarahkan pindah ke Kampung Baru Semenyih. Kampung
Kachau ini disyaki menjadi tempat persembunyian komunis. Di belakang
Kampung Kachau ada sebuah bukit dan dijadikan sebagai kubu komunis. Kini
tempat tersebut dijadikan Tanah Perkuburan Nirwana, Semenyih.
Seluruh kampung telah hangus dijilat api. Lebih kurang 500 penghuni
kehilangan tempat tinggal. Mereka diarahkan pindah dalam tempoh sejam
pada malam itu juga . Mereka turut berdepan dengan kekurangan makanan.
Sebanyak 61 buah rumah di Kampung Kachau (berhadapan dengan rumah Cikgu
Abdul Azis bin Mohd Noor di Kampung Pasir/Kampung Kachau) telah dibakar.
Kesan-kesan peninggalan tapak rumah yang terbakar masih ada sehingga
sekarang. Contohnya perigi, batu lapik tiang rumah , tapak kedai dan
lain-lain. Kebanyakan ialah rumah setinggan Cina dan deretan beberapa
buah kedai Cina.
Pihak pengganas komunis telah melancarkan serangan hendap ke atas
penduduk kampung di Kajang dan Semenyih sehingga menyebabkan seorang
pengurus ladang terbunuh.
2 November 1949, polis menangkap 500 orang yang disyaki menjadi
talibarut komunis di Semenyih dan Kajang. Polis telah menemui 10 buah
khemah dan 13 pondok atap. Kebanyakan mereka ialah orang tua,
kanak-kanak dan kaum wanita. Sedangkan kaum lelaki majoritinya telah
masuk ke hutan menyertai pengganas komunis. Penahanan dan pembakaran
pondok atap setinggan-setinggan Cina ini telah menyebabkan penghuni
mencari perlindungan di bandar atau di Kuala Lumpur dan menyebabkan
kesesakan di bandar.
Seramai 2,000 penduduk Balakong diarahkan pindah kerana bersimpati
dengan komunis. Mereka turut memberi bantuan ubat, makanan, wang dan
pelbagai peralatan lain kepada pengganas komunis. Sebahagian mereka
membantu komunis secara paksa atau sukarela.
Pada 1950 seramai 60 penduduk setinggan sekitar Semenyih telah ditahan
oleh pihak komunis atas tuduhan kerana memberi bantuan kepada komunis.
Mereka merahsiakan maklumat tentang pergerakan komunis di Semenyih.
Sebaliknya mereka memberi pelbagai jenis bantuan secara sukarela kepada
pengganas komunis.
28 Februari 1950 pembunuhan seorang guru di sebuah sekolah Melayu di
Semenyih. Tapi kes ini tidak dilaporkan kerana ketika itu mahu
merahsiakan kes pembunuhan tersebut oleh pengganas komunis.
Pada 12 Mac 1950 kira-kira jam 11 pagi, tiga pengganas Cina bersenjata
menembak mati dua orang Melayu di Ladang Kampung Kachau, Semenyih ketika
mangsa sedang memetik buah kelapa.
Sebuah lori yang membawa susu getah dalam perjalanan menuju Estet Sungai
Tangkas, Bangi telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Pemandu
lori dibunuh dan lori telah dibakar. Semua penoreh getah di ladang itu
diancam bunuh ketika menoreh getah.
Pada Disember 1950, seorang Pegawai Daerah Mantin, Negeri Sembilan
bersama 5 orang polis konstable dan 1 polis berbangsa Cina telah
diserang hendap di Batu 11, Semenyih. Tempat itu berhampiran dengan
Kampung Sungai Pening berhampiran dengan Perkuburan Cina Nirwana dan air
terjun Sungai Tekala, Semenyih .
Pada 1950 Sarjan Blenkinsop, seorang pegawai British bersama SC Jarmari,
SC Haji Abdul Ghani , SC Akri dan SC Basir dan seorang pekerja ladang
dan jip polis mereka telah diserang hendap di Batu 15, Jalan Jekang,
Dengkil ketika dalam perjalanan ke Ladang Teras Jernang, Bangi. Sarjan
Blenkinsop dan SC Abdul Ghani terbunuh.
Sir Harold Brigg mengklasifikasikan Kampung Kachau sebagai kawasan
komunis yang aktif. Tambahan pula sejak 30 Oktober 1948, bilangan
setinggan Cina meningkat secara mendadak di Semenyih. British telah
mengadakan ‘operasi menyoal siasat di Kampung Kachau‘ pada 20 Julai
1948. Rumah-rumah setinggan ini disyaki menjadi rumah persembunyian
komunis.
25 Januari 1950 seorang penghulu Hulu Langat telah ditembak. Beliau
telah cedera dan keretanya rosak teruk. Beliau dalam perjalanan pulang
dari pejabat ke kampungnya.
1950 kerajaan bertindak melaksanakan Peraturan Darurat 17D untuk
memutuskan hubungan penduduk Semenyih dengan pihak komunis. Di bawah
peraturan tersebut, seramai 1,500 penduduk Semenyih telah dipindahkan
dan dihantar ke pusat pemulihan di Kluang, Johor.
Seramai 6 orang penduduk Sungai Long, Kajang telah ditangkap oleh polis
berikutan penemuan enam buah khemah komunis . Mereka telah ditahan di
Kajang dan kemudian dihantar pulang ke negara China. Tindakan ini
dibawah Peraturan Darurat 17D. Beberapa orang penduduk di Sungai Jelok,
Kajang turut dikenakan tindakan yang sama. Terdapat banyak ladang getah
dan kawasan bukit-bukit di Sungai Jelok.
15 Februari 1951 seramai 1,500 penduduk melayu Jenderam, Sepang, telah
dipindahkan ke kem tahanan Kluang, Johor. Kebanyakan pengganas komunis
Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan
datangnya dari pemuda Melayu Kampung Jenderam. Mereka ada pertalian
persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari
Sumatera, Indonesia.
Pada 28 Mac 1951, jam 9 pagi, Wong Kim Poh yang bertugas sebagai
Timbalan Pegawai Penempatan Semula telah ditembak mati oleh pengganas
komunis dalam satu serang hendap di Balakong. Beliau bertugas bersama
dengan kontraktor dan beberapa orang pekerja penempatan semula.
Pada 1 Julai 1951, perintah darurat dilaksanakan di Kajang, Semenyih dan
Broga akibat pembunuhan enam pegawai polis dalam satu kejadian serang
hendap.
Menurut W.G.S Cony, terdapat 46 buah kampung baru di Selangor. Antaranya
ialah Kampung Baru Semenyih dan Kampung Baru Melayu (Kampung Sentosa)
Semenyih.
13 Januari 1953, kerajaan mengumumkan catuan dan kawalan makanan di
selatan Selangor bagi menghapuskan saki baki gerombolan pengganas
komunis di Kajang.
Polis memburu secara besar-besaran ketua pengganas komunis bernama Liew
Kon Kim di Sungai Pelek, Sepang. Liew Kon Kim ada janggut dan orang
Melayu Semenyih menggelarnya Janggut sahaja.
Pada 1954 pengasas pengganas komunis bernama Liew Kon Kim dan Lau Cheng
telah dapat dibunuh di Kuala Selangor. Tempat operasi Liew Kon Kim ialah
di sekitar Sungai Jelok. Dia telah melarikan diri ke Kuala Selangor.
16 Januari 1956 - Timbalan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya bernama
Yeong Kwo dibunuh. Kawasan utama operasinya ialah di Semenyih dan
Kajang. Pembunuhan ini memberi tamparan hebat kepada pergerakan
pengganas komunis. Moral mereka semakin merosot untuk berjuang.
Pengganas komunis yang terselamat telah menyerah diri dan keluar dari
hutan. Sebahagiannya pula berundur ke kawasan sempadan Thailand.
31 Julai 1960, darurat diisytiharkan tamat setelah mendapati pergerakan
komunis semakin lemah dan berjaya dipatahkan. Namun sakibaki komunis
masih wujud dan bertempur dengan tentera Malaysia di Lebuhraya Timur
Barat terutama dalam Operasi Gonzales.
2 Disember 1989, Perjanjian Perletakan Senjata antara Kerajaan Malaysia,
Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaya telah dibuat di Hotel Le
Garden, Haadyai, Thailand ditandatangani. Perjanjian ini dinamakan
Perjanjian Haadyai. Ini berikutan keruntuhan kerajaan komunis di Rusia
dan Kerajaan komunis China tidak berminat lagi membantu Parti Komunis
Malaya. Turut serta dalam perjanjian tersebut ialah Chin Peng, Rashid
Maidin, Dato Rahim bin Noor, Dato Megat Junid Megat Ayub dan lain-lain.
18 Jun 1948 darurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gent di Tanah Melayu
kerana perjuangan komunis semakin hebat dan memuncak. Komunis berikrar
melakukan pemberontakan bersenjata.
15 Oktober 1949 seramai 28 setinggan Cina di Batangkali dihukum bunuh kerana menjadi talibarut komunis.
29 November 1951 Sekolah Menengah Chung Hua di Kelang, Selangor telah
ditutup kerana diresapi pengaruhi komunis, menyimpan bendera komunis dan
menjalankan kegiatan subversif.
Seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa British kerana
menjalankan kegiatan bawah tanah. Beliau ialah guru sekolah malam Phing
Man di Rasa, Selangor. Kertas-kertas, buku, catatan harian dan
surat-surat telah dirampas kerana terbukti dia amat aktif dalam kegiatan
menyebar fahaman komunis.
No comments:
Post a Comment