Pages

Saturday, 14 December 2013

buat uniform sekolah


BOSAN dengan masalah yang sama setiap tahun apabila uniform sekolah anak-anaknya cepat koyak, Intan Zaweera Ali mengambil keputusan membuat dan menjahit sendiri pakaian tersebut menggunakan kemahiran yang dimiliki.
Namun, alang-alang menyiapkan uniform sekolah anak, pada fikiranya, tidak rugi jika diluaskan untuk jualan apatah lagi pasaran untuk pakaian tersebut sentiasa ada.
Sebagai seorang yang mahir dalam bidang jahitan dan mempunyai butik sendiri, iaitu Tasbeeh yang menjual pakaian siap dan menerima tempahan menjahit pakaian, tiada masalah baginya menjahit uniform sekolah dalam jumlah yang banyak.
"Semuanya bermula dengan pengalaman sendiri apabila uniform sekolah anak saya cepat sangat terkoyak terutama pada bahagian siku pada hal baru tiga bulan memakainya. Setiap tiga bulan sahaja, saya terpaksa membeli baharu sedangkan baju sekolah yang saya beli itu daripada jenama terkenal dan harganya pun bukan murah.
"Sekurang-kurangnya dalam setahun, tiga kali saya perlu menggantikan uniform yang koyak. Apabila dikira jumlahnya ratusan ringgit juga. Itu baru seorang, kalau tiga orang jumlahnya sudah tentu berganda.
"Keadaan ini sedikit sebanyak pasti menyukarkam bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak bersekolah. Itu belum lagi dengan baju sekolah agama, kasut, stokin dan tudung. Saya memang faham sangat dengan masalah yang dihadapi oleh para ibu," kata Intan yang ditemui di butiknya di Ampang, Selangor baru-baru ini.
Tambahnya lagi, harga uniform sekolah yang terdapat di pasaran sekarang rata-rata agak tinggi dan kurang mampu dibeli oleh sesetengah golongan.
Manakala uniform yang murah terpaksa pula berhadapan dengan masalah baju mudah nampak kusam dan buruk atau terkoyak walaupun baru dua atau tiga bulan dipakai.
Menurut ibu kepada tiga orang anak berumur 14 hingga tiga tahun itu lagi, projek membuat uniform sekolah, baharu dimulakan tahun ini setelah mendapat sokongan daripada suami dan kawan-kawan.
Buat permulaan, dia hanya hanya menghasilkan baju kurung untuk pelajar perempuan sekolah rendah dan menengah.
Intan memilih beberapa jenis fabrik yang berkualiti yang turut menjadi pilihan pengeluar-pengeluar uniform sekolah berjenama di negara ini. Sebagai contoh, fabrik kapas koshibo yang merupakan antara jenama fabrik kapas yang menjadi pilihan kerana keselesaan dan tahan lasak serta sesuai kanak-kanak.
Bagi baju kurung sekolah menengah pula, jelas Intan lagi, dia menggunakan fabrik kapas satin yang lembut kerana menyedari pelajar sekolah menengah sekarang sudah pandai memilih jenis fabrik yang cantik dan selesa walaupun sebagai pakaian sekolah.
Intan amat menjaga dan mementingkan kualiti jahitan dalam setiap helai baju sekolah yang dihasilkan.
Dia akan memeriksa sendiri setiap helai baju yang telah dijahit oleh pekerja yang seramai lima orang. Buat masa ini dia telah pun menyiapkan sebanyak 1,000 pasang baju sekolah.
Kata Intan, bagi sekolah rendah, dia membuat baju untuk pelajar dari darjah satu hingga darjah enam. Saiz yang disediakan paling kecil 22 dan paling besar 36, sementara saiz untuk pelajar sekolah menengah adalah antara S hingga 3XL (jika ada permintaan khusus).
"Harga untuk sepasang baju sekolah rendah ialah RM59 namun jika dibeli berasingan, harga sehelai baju ialah RM35 dan kain RM29. Manakala untuk baju sekolah menengah pula ialah RM38.90 sehelai dan kain RM32.90.
"Bagaimanapun saya memberikan harga istimewa sempena hujung tahun dan kepada mangsa-mangsa banjir, iaitu bagi tiga pasang baju sekolah sekolah rendah dan menengah hanya berharga RM120 sahaja.
"Saya merancang untuk menghantar sebanyak 200 pasang baju sekolah ke kampung saya di Felda Seberang Tayoh, Kemaman, Terengganu.
"Saya juga menerima banyak permintaan dari butik dan kedai-kedai baju sekitar Terengganu yang mahu menjual baju sekolah saya,” kata Intan.
Ditanya adakah dia turut menyediakan tudung, kata Intan, buat masa ini belum lagi membuatnya secara pukal namun jika terdapat permintaan bersedia membuatnya mengikut ukuran yang dikehendaki.
Intan turut menerima tempahan daripada badan-badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan wanita bagi membuat baju sekolah bagi tujuan kebajikan dan didermakan kapada rumah-rumah anak yatim.
Bagi tujuan sedemikian, dia cuma mengenakan harga kos sahaja. Ini juga sebagai salah satu daripada amal jariah beliau kepada anak-anak yatim.
Tambahnya, bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Ampang, Setiawangsa dan Melawati, yang mahu membeli baju sekolah anak namun tidak berkesempatan datang ke butik, dia sanggup datang ke rumah pelanggan dengan membawa beberapa saiz baju.
Sementara bagi yang membeli melalui atas talian beliau, facebook.com/tasbeeh, dia akan membuat penghantaran secepat mungkin.
"Sambutan yang saya terima buat masa ini amat memuaskan. Terdapat juga pelanggan saya yang mahu menempah baju sekolah anak mengikut fabrik yang mereka inginkan. Mungkin mereka mahukan lebih keselesaan daripada segi fabrik dan potongan,” jelasnya.
Menurut Intan yang akan terus membuat baju sekolah pada masa-masa hadapan dan mahu butiknya dikenali sebagai pemborong baju sekolah, dia mempunyai perancangan untuk membuat baju sekolah pelajar lelaki, baju sekolah swasta dan baju sekolah agama pada tahun hadapan jika terdapat permintaan daripada pihak-pihak tertentu.




Memperkenalkan set pakaian sekolah berjenama 'Segak' keluaran bumiputera yang bermutu tinggi setanding jenama terkenal yang sedia ada di pasaran pada harga yang sangat berpatutan. Saya ingin mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk memasarkan jenama ini melalui pembelian secara borong. Sekiranya berminat untuk maklumat lanjut  email ke muhammadnabeel77@gmail.com

Wednesday, 11 December 2013

kerjaya sebagai kontraktor

Apa makna kontraktor?
Kontraktor adalah pihak yang diberi mandat bagi menjalankan sesesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang  menawarkan kerja  yang dipanggil pemilik/owner/client.  Mandat ini berbentuk surat tawaran / letter offer atau yang biasa dipanggil L.O saja di kalangan kontraktor. Surat tawaran diberikan kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender/sebutharga.Pemilik/owner selalunya terdiri daripada pihak kerajaan , badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja/projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini pemilik akan mengeluarkan tender/sebutharga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut.

Tender/sebut harga
Pihak yang paling banyak mengeluarkan tender adalah pihak kerajaan melalui agensi atau jabatan-jabatan seperti JKR, Pejabat Daerah, Majlis Daerah , JPS, dan banyak lagi jabatan lain yang melalui kementerian masing-masing.

Tender-tender ini akan dikeluarkan sendiri melalui jabatan masing-masing atau melantik agensi yang lebih arif seperti  Jabatan Kerja Raya(JKR) ataupun melantik pihak luar seperti  firma-firma perunding civil, Juruukur bahan, arkitek dan lain-lain bergantung kepada jenis kerja dan anggaran kos. Apabila dokumen tender siap pihak yang berkenaan akan mengiklankan tender tersebut samaada di akhbar-akhbar, papan kenyataan di jabatan-jabatan kerjaan atau di laman web masing-masing juga bergantung  kepada jenis dan nilaian sesuatu projek. Nilaian kos sesuatu projek akan menentukan kelas kontraktor yang boleh memasukki tender tersebut samada kelas A,B,BX,C,D,E, atau F.

KELAS PENDAFTARAN

Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja.
Kontraktor  Kelas F adalah dikhaskan untuk syarikat perseorangan Bumiputera dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi pegangan saham, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja.
Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang dipelawa bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan.

Had kewangan (iaitu kos kerja) bagi satu-satu kelas pendaftaran adalah seperti berikut:

 
KAWASAN OPERASI

Syarikat yang berdaftar dalam kelas-kelas pendaftaran seperti berikut mempunyai kawasan operasi seluruh Negara:

i)             Kelas A, B dan C
ii)            Kelas D dan E yang bertaraf Bumiputera
iii)           Kelas F

Di Negeri Berdaftar Sahaja

Syarikat yang berdaftar dalam kelas-kelas pendaftaran berikut dibenarkan beroperasi di dalam negeri ianya didaftarkan sahaja:

Kelas D dan E

Kerja Undi, Sebutharga dan Requistion

Kontraktor kerja Kelas F dibenarkan menyertai kerja undi, sebutharga dan requisition hanya di dalam kawasan pentadbiran Daerah atau Wilayah Persekutuan yang ianya didaftarkan oleh PKK.


KEPALA DAN SUB-KEPALA (BIDANG KERJA)

Kepala dan Sub-Kepala yang wujud dalam pendaftaran kontraktor kerja awam Pusat ini ialah:

  • Kepala I                -              Kerja Kejuruteraan Awam(Civil Engineering Works)
  • Kepala II               -              Kerja Bangunan(Building Works)
  • Kepala III             -              Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan danKejuruteraan Air(Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works
  • Kepala IV             -              Lain-lain Kerja Pakar Kejuruteraan Awam(Other Specialist Civil Engineering Works)
  • Kepala V              -              Kerja Kuari, Membekal Logam danTanah Kerja Angkut dan Pengangkutan(Quarrying Metal and Earth Supply,         Cartage and Transport)
  • Kepala VI             -              Kerja Perhutanan dan Pembangunan Tanah(Forest and Land Development)
  • Kepala VIII          -              Kerja Telekomunikasi(Telecommunication Works)

macammana nak dapat projek?
Ramai mereka yg bekerja terutamanya juruteknik binaan di Jabatan kerajaan juga buat kontrak dgn cara pinjam lesen dari kawan. Tetapi mereka ini sudah ada networking tersendiri dan boleh kontrol projek hanya dgn telefon tukang atau pembekal.
Memang skrg PKK bekukan permohonan lesen kontraktor…apa yg saya dengar ada ura2 CIDB akan ambil alih permohonan lesen2 baru..tapi tk tau bila..dan syaratnya lebih ketat.
Jika buat masa skrg lesen kelas D perlukan seseorang yg ada sijil dari politek dlm bidang binaan spt civil engineering, QS atau yg berkaitan dgn binaan ada dlm syarikat. Drp pengalaman dan modal yg en ada…memang elok sangat buat kontrak kecil2 dulu. Kontrak kecil ni sesuai pohon kelas F bila permohonan lesen dibuka semula nanti. Pinjam lesen kawan memang satu kebiasaan dalam dunia kontraktor ni terutamanya kelas F dan sesuai dgn pengalaman dan modal yg en ada skrg ni..maka artikel ini saya focuskan kpd dunia kontraktor kelas F.
Kelas F hanya dibenarkan beroperasi di daerah spt mana alamat yg terdapat dlm lesen PKK atau CIDB. Kedua2 lesen ini memang diperlukan utk beli sebutharga. Kontrak kerja kelas F memang banyak dan mereka yg ada lesen F juga ramai. Jabatan yg banyak menawar kerja kelas F adalah JKR, Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan JPS. Lain2 jabatan kurang sikit.
Bagaimana nk dapatkan projek dan kira harga?
Bab ini memang susah sikit bagi org yg baru ceburi bidang kontraktor ni. Persaingan di kalangan kontraktor kelas F amatlah tinggi. Cthnya jika majlis daerah/JKR atau pejabat daerah mengeluarkan 10 dokumen sebutharga maka yg akan hadir site visit lebih dari 100 kontraktor. Kadang2 tk ada site visit terus beli borang sebutharga(Bagi kelas F dipanggil sebutharga bukan tender). Biasalah dunia kontraktor berkait rapat lobi melobi dan politik. Oleh krn ramai yang masuk sebutharga maka harga yg dibida oleh kontraktor tk jauh beza. Kadang2 bezanya 2, 3 ratus RM saja. Pihak jabatan yg mengeluarkan sebutharga tidak terikat utk mengambil kontraktor yg menawarkan harga yg paling rendah. Jawatankuasa penilaian sebutharga menilai mengikut budget yg disediakan bagi sesuatu projek dan ramai kontraktor menawarkan harga menepati spt yg dikehendakki. Maka ia menjadi kesukaran nak memilih kontraktor yg layak memenangi sesuatu sebutharga itu. Di sinilah lobi melobi memainkan peranan. Sesiapa yg mempunyai hubungan baik dgn pihak atasan sesuatu jabatan yg mengeluarkan sebutharga mempunyai peluang yg lebih baik tetapi bagi sesetengah daerah pihak yg ada hubungan dgn parti politik yg memerintah kerajaan lebih lebih berkuasa menentukan kontraktor mana yg memenangi sesuatu sebutharga.
Kebanyakkan kontraktor kelas F tidak berapa tahu nak kira harga sebutharga terutamanya kerja2 bangunan. Apa yg mereka buat adalah mendapatkan maklumat dari org dalam sesebuah jabatan utk mengetahui budget yg disediakan utk sesuatu projek. Drp budget ini ditolak 5% kemudian dipecahkan mengikut kesesuaian item2 yg terdapat dlm sebutharga. Ianya sudah menjadi budaya sejak dulu lagi.
Jadi bagi en yg baru nak bermula saya syorkan eloklah menjadi sub-cont terlebih dulu dgn membuat kerja2 dari main contractor bagi membina networking dikalangan mereka yg terlibat dlm bidang binaan setempat samada tukang2, pembekal, kedai hardware, juruteknik awam dan juga mereka yg ada saluran politik krn setengah2 peruntukkan bagi sesebuah jabatan bagi mengadakan projek diusahakan oleh YB kaw tersebut samada negeri atau persekutuan.
Setakat ini dulu sebagai panduan…




Tuesday, 3 December 2013

usahawan santan

Syarikat kami merupakan pembekal utama santan segar jenama HAJIDIN SANTAN di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor & Kuala Lumpur. Membekal santan segar terus kepada pengguna serta peniaga runcit, kantin kilang, sekolah, asrama, katering, pengusaha makanan (rendang, lemang, dodol dll). Kapasiti pengeluaran kami lebih dari 3000kg sehari.

Dapatkan bekalan santan segar kami dengan harga yang murah, amat kompetetif, santan segar yang berkualiti; sesuai untuk pelbagai jenis masakan, makanan dan minuman.

Kami juga mempunyai rangkaian pengedaran yang cekap terdiri daripada usahawaniaga untuk membekalkan santan segar setiap hari kepada anda dan para pelanggan kami. Hubungi pegawai pemasaran kami untuk pesanan.
Email : santanmalaysia@gmail.com
H/P : 013-7440443
 
 
 

Pembekal 'HajiDin Santan', Santan Segar Negeri sembilan Rm6.00 /kg





industri kelapa

Kelapa Beri Pulangan Lumayan
Oleh
HAKIM MOHD ZIN
Foto
REDZUAN IBRAHIM
Kelapa adalah sejenis tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan bersuhu panas dan
lembap. Buahnya tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Ianya kaya
dengan lemak berguna dan pelbagai unsur penting kepada manusia seperti anti-
oksidan dan juga antibodi penting. Di Malaysia, iahanya ditanam secara komersil di
Johor, Selangor dan Perak. Ladang-ladang dan juga kebun utama terdapat di kawasan
Bagan Datok dan Hutan Melintang, Perak. Industri kelapa masih memainkan peranan
penting dalam perdagangan negara. Pada tahun 2011,
Malaysia mempunyai kira-kira6,868 hektar kelapa melibatkan 2,882 keluarga tani.
Ini menghasilkan sebanyak40,788,574 kg kelapa (berdasarkan kepada hasil pura
ta kelapa sebanyak 5,939 kg sehektar setahun). Sebahagian besar daripada varie
ti yang ditanam adalah daripada jenis tradisional seperti Malayan Tall (92%), manak
ala bakinya adalah daripada jenis hibrid komersil seperti MATAG (5%), Pandan (2%) dan
MAWA (1%).
Kerajaan amat menggalakkan penanaman kelapa bagi memenuhi permintaan yang
semakin meningkat dalam penggunaan masakan, kuih muih, minuman, aktiviti
pelancongan dan lain-lain. Pada tahun 2011, Malaysia telah mengeksport kelapa dan
produk kelapa bernilai RM49,262,655 manakala import kelapa dan produk kelapa
bernilai RM52,544,026 memberikan kurangan imbangandagangan sebanyak
RM3,281,371. 
 
Sebahagian besar daripada eksport terdiri daripada minyak kelapa dan produk-produk
kelapa seperti karbon teraktif, kelapa parut keringdan santan/serbuk santan manakala
import utama terdiri daripada minyak kelapa, karbon teraktif, kopra dan kelapa segar.
Kepentingan kelapa juga semakin menyerlah dengan penemuan dan penghasilan
produk-produk baru seperti Minyak Kelapa Dara atauVirgin Coconut Oil(VCO)
 
Projek kelompok kelapa merupakan pendekatan pembangunan pertanian yang telah
dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Objektif utama projek ini adalah untuk
mengoptimumkan penggunaan sumber bagi meningkatkan pengeluaran ladang dan
seterusnya meningkatkan pendapatan petani. 
 
Bagi menyahut seruan kerajaan ini, kini banyak negeri-negeri memulakan penanaman
kelapa terutama penanaman kelapa MATAG. Salah satu contoh projek tersebut ialah
Projek Kelompok Kelapa Kampung Batu Puteh, Marang,Terengganu. Projek kelompok
ini mula diusahakan sejak tahun 2005 yang mana tanah asalnya merupakan tanah
terbiar dan dimajukan di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Daerah Marang. Kawasan
ini mula bertanam pada tahun 2006 dengan keluasan 8.8 hektar meliputi varieti Pandan
seluas 0.8 hektar dan varieti MATAG seluas 8.0 hektar. 
 
Kelapa MATAG
Kelapa MATAG merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan
silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Apabila cukup dewasa ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya
berwarna samada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa
Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah kelapa dan kopra adalah lebih tinggi
daripada hibrid MAWA. 
 
Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30ribu biji buah setahun
sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk
air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untukkopra.
Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baikseperti pertumbuhan yang ‘robust’
dan ‘vigorous’ di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang
mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ketiga dan proses penuaian
bolehlah dilakukan pada tahun keempat. 
 
Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanam an tiga segi sama atau
‘double hedge row pattern’ sekiranya pengutipan hasil dirancangkan secara 3
mekanisasi. Kepadatan optimum yang disyorkan adalah antara 178 hingga 180 pokok
sehektar. 
 
Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih
besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun
pertama didapati agak rendah sedikit (61 hingga 139 biji sepokok) daripada MAWA (75
hingga 151 biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai
tahun ke tujuh dan ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 169 biji
sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA
.
Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada
tahun pertama iaitu 12.1 kg hingga 36.4 kg berbanding dengan 16.4 kg hingga 33.0 kg
kopra bagi kelapa MAWA. Selepas tahun ketujuh dan ke atas, hasil kopra daripada
kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg berbanding 34.3 kg kopra daripada kelapa
MAWA. 
 
Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang
tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja
memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di
kalangan pengguna domestik. 
 
Kelapa Pandan (Kelapa Wangi)
Di sini juga terdapat kelapa Pandan . Kelapa Pandan merupakan kelapa jenis rendah
yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil
sebagai ‘Makprow Nam Horm’ dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai ‘aromatic
dwarf’. Keistimewaaan kultivar kelapa wangi terdiri daripada isi dan buahnya berbau
wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh
mencapai enam meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk
bulat berbiku tiga. 
 
Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman
6 m x 6 m. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur tiga hingga empat tahun
selepas ditanam di ladang. Ketika berumur tiga tahun pengeluarannya, hanya 40%
hingga 50% dan mencapai 100% apabila berumur empat tahun. Pokok kelapa Pandan
mengeluarkan 12 hingga 18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di
antara 10 hingga 15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika
kawasan dibanjiri air. 
 
Pada tahun ke 13, ia boleh mengeluarkan 130 hingga 175 biji buah kelapa muda
sepokok. Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000
hingga 49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang
330 ml. Anak kelapa pokok Pandan boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung
akar yang dihancurkan. 
 
Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6 hingga 6 ½
bulan selepas persenyawaan. Kaedah yang biasa digunakan ialah dengan melihat
tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan
buah kecil tersebut. Tandan kelapa muda yan dipetik(T-1), tandan buah kelapa kecil
(T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.
 
Produk Hasilan Kelapa
Isi, air, sabut, daun dan batang kelapa digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk
kelapa dalam bentuk makanan atau bukan makanan. Produk kelapa ini boleh
dikategorikan sebagai produk kelapa segar dan produk kelapa yang diproses.
Produk kelapa segar terdiri daripada isi, air dan santan kelapa yang digunakan untuk
masakan atau sebagai makanan dan minuman segar. Buah kelapa muda boleh dibuat
‘Coconut Milk Shake’ dan juga diproses untuk menjadi produk-produk yang enak yang
boleh dibawa balik atau dihadiahkan kepada kaum keluarga dan rakan.
Manakala produk kelapa yang boleh diproses terdiridaripada isi kelapa yang boleh
diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Seterusnya minyak kelapa ini diproses
untuk menghasilkan produk-produk komestik, farmasidan produk-produk lain. Minyak
kelapa juga digunakan untuk pengeluaran asid laurik. Isi kelapa boleh juga diproses
untuk menghasilkan kopra, santan segar, santan proses, kerisek, dodol, kuih muih,
nata de-coco, bahan kosmetik, sabun, ‘coco peat’, ‘coco fibre’,kraftani dan juga Minyak 
 
Kelapa Dara (VCO) yang semakin meningkat permintaannya. Produk VCO yang
dihasilkan telah menjadi daya penarik kepada pengunjung serta sebagai buah tangan
untuk dibawa pulang.
Sabut kelapa dapat digunakan untuk membuat koir dan serat kelapa. Tempurung
kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan arang teraktif, bahan bakar dalam
pembuatan ubat nyamuk dan bahan hiasan dalam industri kraftangan, batang kelapa
diproses menjadi kayu yang bermutu untuk kegunaan industri pembinaan dan perabot.
Nira diperolehi dari mayang kelapa dan boleh diminum atau diproses menjadi gula
melaka, cuka atau todi.