Mikrob tanah adalah tumbuhan hidup yang sangat kecil dan haiwan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Mereka boleh dilihat di bawah mikroskop. Tanpa mikrob tanah, pertanian tidak boleh wujud.
Kita bayangkan bahawa tanah itu adalah bengkel untuk mikrob tanah. Dalam tanah terdapat banyak jenis dan kumpulan mikrob yang berbeza, masing-masing melakukan kerja khas di dalam tanah. Aktiviti semua jenis mikrob tanah diperlukan untuk menyokong kehidupan tumbuhan yang sihat. Kerja-kerja mikrob tanah adalah asas kepada produktiviti pertanian. Mikrob tanah bekerja dalam pelbagai cara. Sebahagiannya mengurai bahan organik yang kompleks menjadi makanan untuk tumbuh-tumbuhan serap. Mikrob yang mereputkan bahan organik adalah jenis mikrob yang paling biasa dijumpai. Sebagai contoh, apabila tumbuhan atau haiwan mati, mikrob menukarkannya menjadi bahan organan kembali ke tanah dan udara. Unsur-unsur ini kemudian digunakan sebagai makanan untuk membentuk kehidupan yang lain. Ini dikenali sebagai kitaran kehidupan. Hidup ini disokong dalam satu kitaran yang berterusan.
Ada jenis mikrob tanah yang menangkap nitrogen dari udara dan menukarkannya kepada makanan untuk tumbuh-tumbuhan. Ada jenis mikrob yang dipanggil nitrobacter yang menukarkan bentuk nitrogen dalam tanah kepada bentuk yang mudah digunakan oleh tumbuh-tumbuhan. Mikrob lain mengunci dan menyimpan lebihan nitrogen, dan kemudian membebaskannya perlahan-lahan mengikut keperluan tumbuh-tumbuhan . Terdapat juga mikrob (kulat predaceous) yang menyerang dan memakan nematod (cacing halus yang merosakkan akar). Mikrob jenis ini terdapat di tanah yang mempunyai humus. Vitamin dan antibiotik yang melawan penyakit juga dihasilkan oleh mikrob dan tumbuh-tumbuhan di dalam tanah yang sihat.
Petani yang mahir boleh menilai sama ada mikrob tanahnya sihat atau tidak. Salah satu cara ialah melalui bau tanah. Bagi tanah yang sihat, mikrob tanah akan memberikan bau yang berlainan daripada di tanah teruk terhakis. Kehadiran cacing tanah yang banyak di dalam tanah menandakan mikrob tanah juga turut hadir dan sihat. Petani yang lebih berpengalaman boleh mengesan kehadiran mereka dengan rasa lembut dan peroinya tanah.
Mikrob tanah membiak pada kadar yang lebih cepat apabila jenis makanan yang disediakan kepada mereka ditepati. Hampir semua mikrob tanah yang bermanfaat memakan pelbagai bentuk bahan organik. Dengan membina bahan organik dan humus tanah dan menggunakan baja mineral, petani dan alam semulajadi bekerjasama untuk menghasilkan makanan yang sihat yang banyak. Lagi mahir petani mengendalikan bahan-bahan organik maka lebih banyak manfaat akan diraih daripada mikrob yang ada dalam tanahnya.
No comments:
Post a Comment