Pages

Tuesday, 5 November 2013

asal usul Kerajaan Kedah.. dulu hingga sekarang


 Asal usul kadaram
Pada  pertengahan tahun 530M ,berlaku penghijrahan penduduk dari  empire pallaya di india selatan berhijrah ke tempat yang di kenali sebagai kadaram kerana melarikan diri akibat kalah dalam perang saudara.Empire pallaya sekarang ini terletak di Tamil Nadu,kerala dan selatan Andra pradesh dahulu di kenali sebagai  Chola Nadu,Chera Nadu dan Pandya Nadu.


kadaram juga di diami orang funan dan champa yang melarikan diri selepas funan dan champa di serang dan kalah.Apabila kadaram maju dan ada pelabuhan maka pedagang dari india,parsi,arab,cina datang untuk berniaga dan didiami juga oleh mereka.





The earliest record of Gemeron is during the reign of Darius the Great (between 586 and 522 B.C.).
Darius's commander, Silacus, embarked from gemeron to India and the Red Sea During Alexander's conquest of the Persian Empire, Gemeron was known under the name of Hormirzad.Now in moden name bandar abbas in Iran

In the year 630 CE, Maharaja Derbar Raja of Gemeron was defeated in battle and escaped to Ceylon, and he was later blown off course by a storm to the remote shores of Kuala Sungai Qilah, Kedah (now kuala kedah,Malaysia). The inhabitants of Kedah found him to be a valiant and intelligent person, and they made him the king of Kedah. 

In the year 634 CE, a new kingdom was formed in Kedah consisting of Persian royalty and native Malay of Hindu faith. 



 

peta kedudukan kedaram



Kerajaan kadaram bermula pada 634-900m merupakan kerajaan yang bebas berdiri sendiri.
Dalam tahun 900-1300m Kadaram di bawah empire sri vijaya.
Dalam tahun 1025m Rajendra chola 1 -maharaja empire Tamil chola selalu menyerang kadaram lebih kurang 20 tahun lamanya bertujuan melemahkan sri vijaya.
Apabila sri vijaya lemah ,kadaram menjadi kerajaan yang berdiri sendiri semula.






Negeri kedah adalah salah satu kerajaan beraja tertua di  di dunia bermula dari tahun 630m hingga sekarang.
Pada zaman dahulu orang tamil menyebut kedah sebagai Kedaram,Kidaram,Kalagam,kataha, Kalah   
orang Persia menyebutnya sebagai Kalaha,qalah

 Era hindu Maharaja kadaram

Nama asal kedah adalah  Kadaram.pemerintah kadaram menggunakan Hindu title  maharaja.
Berikut adalah 9 orang maharaja yang pernah memerintah kadaram.
  1. Sri Paduka Maharaja Durbar Raja I (c. 630–?)
  2. Sri Paduka Maharaja Diraja Putra
  3. Sri Paduka Maharaja Maha Dewa I
  4. Sri Paduka Maharaja Karna Diraja
  5. Sri Paduka Maharaja Karma
  6. Sri Paduka Maharaja Maha Dewa II
  7. Sri Paduka Maharaja Darma Raja
  8. Sri Paduka Maharaja Maha Jiwa
  9. Sri Paduka Maharaja Durbar Raja II (?–1136)Phra ong Mahawangsa masuk islam pada tahun 1136


Era islam Kesultanan Kedah
* 1136:
Phra Ong Mahawangsa masuk islam (convert to islam) bernama
             Sultan Al-Mudzafar Shah I (1136 - 1179)
* 1179: Sultan Mu'adzam Shah (1179 - 1202)
* 1202: Sultan Muhammad Shah (1202 - 1236)
* 1236: Sultan Muzzil Shah (1236 - 1280)
* 1280: Sultan Mahmud Shah (1280 - 1321)
* 1321: Sultan Ibrahim Shah (1321 - 1373)
* 1373: Sultan Sulaiman Shah I (1373 - 1423)
* 1423: Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1423 - 1473)
* 1473: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah I (1473 - 1506)
* 1506: Sultan Mahmud Shah II (1506 - 1547)
* 1547: Sultan Mudzaffar Shah II (1547 - 1602)
* 1602: Sultan Sulaiman Shah II (1602 - 1626)
* 1626: Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626 - 1652)
* 1652: Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652 - 1662)
* 1662: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1662 - 1688)
* 1688: Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1688 - 1698)
* 1698: Sultan Abdullah Mu'adzam Shah I (1698 - 1706)
* 1706: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (1706 - 1710)
* 1710: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 - 1778)
* 1778: Sultan Abdullah Mukarram Shah II (1778 - 1797)
* 1797: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797 - 1804)
* 1804: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845)
* 1845: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1845 - 1854)
* 1854: Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879)
* 1879: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1879 - 1881)
* 1882: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1943)
* 1943: Sultan Badlishah (1943 - 1958)
* 1958: Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958 - hingga sekarang)



Asal usul Alor Setar -   adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.

Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.
  

 Asal-usul kok diang
Sebutan mengikut dialek tempatan: (kok diang). Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering. Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu)

Kodiang merupakan sebuah pekan kecil di dalam daerah Kubang Pasu di negeri Kedah. Ia bersempadan dengan negeri Perlis iaitu Kampung Kubang Beruang di Kodiang dan Kampung Sena di Arau, Perlis. Sebahagian besar penduduknya merupakan petani. Bandar terdekat ialah bandar diraja Arau, Perlis jaraknya kira-kira 5 km.

Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.


Asal usul sik
Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang menbuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darul Aman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan "Sik" berasal daripada perkataan "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat petani Kelantan, ia berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik.


Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna di negeri Kedah. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".

 Asal usul pendang
Daerah Pendang dahulunya adalah tempat gajah-gajah tinggal. Perkataan "Pendang" adalah istilah yang dipanggil oleh penduduk tempatan terdahulu yang bermaksud lubang atau telaga yang dibuat oleh penduduk pada masa itu untuk menangkap atau menjerat gajah. Lubang atau telaga yang digunakan untuk menjerat gajah ini masih ada lagi di sebelah Balai Polis Pendang yang kini menjadi telaga. Kubur seorang penduduk tempatan yang dipijak gajah juga masih ada lagi di Kampung Sukamari yang terletak di belakang pekan baru Pendang. 
Asal usul baling
Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiung, merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Kelakuan baginda ini dibenci oleh rakyat dan menyebabkan baginda melarikan diri dari istananya yang berpusat di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.

Dalam cerita lain, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.

Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling". 
Asal usul bukit kayu hitamBukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam.

Sejarah
Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam di mana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam.

Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu Hitam dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini.

Namun begitu, Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis pada masa ini. Semua penduduk, polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak.

Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin. Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah. Pada tahun 1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan pihak Perancang Bandar, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga kini.
  
  

Kedatangan Orang-orang Eropah(portugis,sepanyol,belanda) ke nusantara

Pada permulaan abad Pertengahan, orang-orang Eropa sudah mengenal hasil bumi dari dunia Timur(nusantara), terutama rempah-rempah. Apabila kota Konstantinopel dapat di tawan oleh empire Turki Usmani (1453) mengakibatkan hubungan perdagangan antara Eropa dan Asia Barat (Timur Tengah) terputus.

Hal ini mendorong orang- orang eropah mencari jalan sendiri ke dunia Timur untuk mendapatkan rempah-rempah yang sangat mereka perlukan. dari daerah asal sehingga harganya lebih murah dan dapat memperoleh keuntungan yang sebesar-besarnya apabila di jual di eropah.


 Masuknya Bangsa Portugis ke nusantara
 
Orang portugis yang memulakan pelayaran melalui arfika.Bangsa Portugis telah berjaya sampai di goa, India (Kalikut) pada tahun 1498. Bangsa Portugis pada asalnya pura-pura hendak berniaga dan berhasil mendapat tapak.Lama kelamaan portugis menghantar lebih ramai lagi askar untuk menawan goa dan berhasil menawan goa dan di jadikan markas tentera dan gudang perdaganggan.Pada tahun1509 secara rasmi portugis menjajah goa.
pada tahun 1509 portugis menggunakan cara yang sama ketika menawan goa.Mula-mula datang untuk berniaga sambil merisik kekuatan kota melaka.Pada tahun 1511 di bawah pimpinan  d'Albuquerque Portugis berjaya menawan Malaka. Dari Malaka di bawah pimpinan d'Abreu tahun 1512 Portugis telah belayar mencari daerah di mana lada fi tanam,maka sampai di Maluku dan diterima baik oleh Sultan Ternate yang pada waktu itu sedang bermusuhan dengan Tidore. Portugis berhasil mendirikan markas,gudang dan kem askar dan mendapatkan hak monopoli perdagangan rempah-rempah.
Selain mengadakan monopoli perdagangan rempah-rempah di Maluku, Portugis juga aktif menyebarkan agama Kristen (Katolik) dengan tokohnya yang terkenal ialah Franciscus Xaverius. Portugis ini tidak hanya memusatkan kegiatannya di Indonesia bagian timur (Maluku ), tetapi juga ke Indonesia bagian barat (Pajajaran). Pada tahun 1522 Portugis datang ke Pajajaran di bawah pimpinan Henry Leme dan disambut baik oleh Pajajaran dengan maksud agar Portugis mau membantu dalam menghadapi ekspansi Demak.
Terjadilah Perjanjian Sunda Kelapa (1522) antara Portugis dan Pajajaran, yang isinya sebagai berikut.
1)Portugis diijinkan mendirikan benteng di Sunda Kelapa.
2)Pajajaran akan menerima barang-barang yang dibutuhkan dari Portugis termasuk senjata.
3)Portugis akan memperoleh lada dari pajajaran menurut kebutuhannya.
Awal tahun 1527 Portugis datang lagi ke Pajajaran untuk merealisasi Perjanjian Sunda Kelapa, namun disambut dengan pertempuran oleh pasukan Demak di bawah pimpinan Fatahilah. Pertempuran berakhir dan namanya diganti menjadi Jayakarta, artinya pekerjaan yang jaya (menang).
 
 Masuknya Bangsa Sepanyol ke nusantara
 
Kedatangan bangsa Portugis sampai di Indonesia (Maluku) di ketahui oleh bangsa Spanyol. Ekspedisi pertama bangsa Spanyol di bawah pimpinan Magelhaen, pada  7 April 1521 telah sampai di Pulau Cebu. 
 
Rombongan Magelhaen diterima baik oleh Raja Cebu sebab pada waktu itu Cebu sedang bermusuhan dengan Mactan. Persekutuan dengan Cebu ini harus dibayar mahal Spanyol sebab dalam peperangan ini Magelhaen terbunuh. 
Dengan meninggalnya Magelhaen, ekspedisi bangsa Sepanyol di bawah pimpinan Sebastian del Cano melanjutkan usahanya untuk menemukan daerah asal rempah-rempah. Dengan melewati Kepulauan Cagayan dan Mindanao akhirnya sampai di Maluku (1521). 
 
Kedatangan bangsa Spanyol ini diterima baik oleh Sultan Tidore yang saat itu sedang bermusuhan dengan Portugis.
Sebaliknya, kedatangan Spanyol di Maluku bagi Portugis merupakan pelanggaran atas "hak monopoli". Oleh karena itu, timbullah persaingan antara Portugis dan Spanyol. 
Sebelum terjadi perang besar, akhirnya diadakan Perjanjian Saragosa (22 April 1529) yang isinya sebagai berikut.
1) Spanyol harus meninggalkan Maluku, dan memusatkan kegiatannya di Filipina.
2) Portugis tetap melakukan aktivitas perdagangan di Maluku.
 
 
Masuknya Bangsa Belanda ke nusantara 
 
Sebelum datang ke Indonesia, para pedagang Belanda membeli rempah-rempah di Lisbon (ibu kota Portugis). Pada waktu itu Belanda masih berada di bawah penjajahan Spanyol. 
 
Mulai tahun 1585, Belanda tidak lagi mengambil rempah-rempah dari Lisbon karena Portugis dikuasai oleh Spanyol. Dengan putusnya hubungan perdagangan rempah-rempah antara Belanda dan Spanyol mendorong bangsa Belanda untuk mengadakan penjelajahan ke nusantara.
Pada bulan April 1595, Belanda memulai pelayaran menuju Nusantara dengan empat buah kapal di bawah pimpinan Cornelis  de Houtman. Dalam pelayarannya menuju ke timur, Belanda melalui route Pantai Barat Afrika –Tanjung Harapan–lautan Hindia–Selat Sunda–Banten.
Pada saat itu Banten berada di bawah pemerintahan Maulana Muhammad (1580–1605) Kedatangan rombongan Cornelis de Houtman, pada mulanya diterima baik oleh masyarakat Banten dan juga diizinkan untuk berdagang di Banten.
Namun, karenanya sikap yang kurang baik sehingga orang Belanda kemudian diusir dari Banten. Selanjutnya, orang-orang Belanda meneruskan perjalanan ke timur akhirnya sampai di Bali.
Rombongan kedua dari Negeri Belanda di bawah pimpinan Jacob van Neck dan Van Waerwyck, dengan delapan buah kapalnya tiba di Banten pada bulan November 1598. Pada saat itu hubungan Banten dengan Portugis sedang memburuk sehingga kedatangan bangsa Belanda diterima dengan baik. Sikap Belanda sendiri juga sangat hati-hati dan pandai mengambil hati para penguasa Banten sehingga tiga buah kapal mereka penuh dengan muatan rempah-rempah (lada) dan dikirim ke Negeri Belanda, sedangkan lima buah kapalnya yang lain menuju ke Maluku.
Sejarah syarikat perniagaan eropah
 
Para pedagang Inggris yang memulai mendirikan syarikat perusahaan dagang di Asia pada 31 Desember 1600 yang dinamakan The Britisch East India Company dan berpusat di Calcutta. 
Kemudian Belanda menyusul tahun 1602 yang dinamakan Verenigde Oost-Indische Compagnie - VOC
Prancis pun tak mau ketinggalan yang dinamakan French East India Company tahun 1604.
Pada 20 March 1602, para pedagang Belanda mendirikan Verenigde Oost-Indische Compagnie - VOC (Perkumpulan Dagang India Timur). VOC membuka pejabat dagangnya yang pertama di di Banten (1602) di kepalai oleh Francois Wittert.
Tujuan dibentuknya VOC adalah sebagai berikut.
1.Untuk menghindari persaingan yang tidak sehat antara sesama pedagang Belanda.
2.Untuk memperkuat posisi Belanda dalam menghadapi persaingan, baik dengan sesama bangsa Eropa, maupun dengan bangsa-bangsa Asia.
3.Untuk mendapatkan monopoli perdagangan, baik import maupun eksport
Di masa itu, terjadi persaingan sengit di antara negara-negara Eropa, iaitu Portugis, Sepanyol kemudian juga Inggris, Perancis dan Belanda, untuk memperebutkan hegemoni perdagangan di Asia Timur. Untuk menghadapai masalah ini, oleh Staaten Generaal di Belanda VOC diberi wewenang memiliki tentara yang harus mereka biayai sendiri. Selain itu, VOC juga mempunyai hak, atas nama Pemerintah Belanda –yang waktu itu masih berbentuk Republik- untuk membuat perjanjian kenegaraan dan menyatakan perang terhadap suatu negara. 
Wewenang ini yang mengakibatkan, bahwa suatu perkumpulan dagang seperti VOC, dapat bertindak seperti layaknya satu negara.
Hak-hak istimewa yang tercantum dalam Oktrooi (Piagam/Charta) tanggal 20 Maret 1602 meliputi:
1. Hak monopoli untuk berdagang dan berlayar di wilayah sebelah timur Tanjung Harapan dan sebelah barat Selat Magelhaens serta menguasai perdagangan untuk kepentingan sendiri;
2. Hak kedaulatan (soevereiniteit) sehingga dapat bertindak layaknya suatu negara untuk:
1. memelihara angkatan perang,
2. memaklumkan perang dan mengadakan perdamaian,
3. merebut dan menduduki daerah-daerah asing di luar Belanda,
4. memerintah daerah-daerah tersebut,
5. menetapkan/mengeluarkan mata-uang sendiri, dan
6. memungut cukai
Belanda konsisten menggunakan kekuatan bersenjata untuk memuluskan perdagangannya dan menjalankan taktik divide et impera (memecah-belah dan kemudian menguasai). Apabila ada konflik internal di satu kerajaan, atau ada pertikaian antara satu kerajaan dengan kerajaan tetangganya, Belanda membantu salah satu pihak untuk mengalahkan lawannya, dengan imbalan yang sangat menguntungkan bagi Belanda, termasuk antara lain memperoleh sebagian wilayah yang bersama-sama dikalahkan. Dengan tipu muslihat dan bantuan penguasa setempat, Belanda berhasil mengusir Portugis dari wilayah yang mereka kuasai di Maluku, yang sangat kaya akan rempah-rempah, yang mahal harganya di Eropa.
Runtuhnya VOC. 
Sejak tahun 1780-an terjadi peningkatan kos operasi dan menurunnya hasil keuntungan penjualan, yang menyebabkan kerugian perusahaan dagang tersebut. Hal ini disebabkan oleh rasuah, kolusi dan nepotisme yang dilakukan oleh para pegawai VOC di Asia Tenggara, dari pejabat rendah hingga pejabat tinggi, termasuk para residen. Misalnya beberapa residen Belanda memaksa rakyat untuk menyerahkan hasil produksi kepada mereka dengan harga yang sangat rendah, dan kemudian dijual lagi kepada VOC melalui kenalan atau kerabatnya yang menjadi pejabat VOC dengan harga yang sangat tinggi.
Karena korupsi, lemahnya pengawasan administrasi dan kemudian konflik dengan pemerintah Belanda sehubungan dengan makin berkurangnya keuntungan yang ditransfer ke Belanda karena dikorupsi oleh para pegawai VOC di berbagai wilayah, maka kontrak VOC yang jatuh tempo pada 31 Desember 1979 tidak diperpanjang lagi dan secara resmi dibubarkan tahun 1799.
 
 

Tuesday, 1 October 2013

Tips Bekerja di Luar Negara


Bagaimana hendak mendapatkan pekerjaan di luar negara malaysia
Bagaimana hendak mendapatkan visa
Bagaimana hendak mendapatkan permit kerja
Bagaimana hendak mendapatkan permit tempat tinggal dan sebagainya lagi.


CARI KERJA MELALUI AGENSI PEKERJAAN
Carilah agensi pekerjaan antarabangsa yang dapat menguruskan pekerjaan di negara yang anda ingini. Ini merupakan cara yang paling mudah dan berkesan namun memerlukan kos yang tinggi. Anda perlu membayar sekitar RM8ribu sehingga RM20ribu kepada pihak agensi yang akan menguruskan semua dokumen serta permit untuk anda. Sama seperti warga Bangladesh atau Myanmar yang masuk ke Malaysia menggunakan ejen dan masing2 membayar sekitar RM12 ke RM18 ribu.
Namun saya tak galakkan,anda perlu berhati-hati,banyak penipuan dengan tawaran agensi pekerjaan di internet ataupun di suratkhabar. 

panduan ini adalah berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya di negara eropah, mungkin berlainan dari negara di rantau lain.sekiranya anda ingin ke negara lain, sila semak dengan kedutaan negara tersebut.

peraturan Visa antarabangsa
Visa dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi membenarkan anda masuk ke sesebuah negara.
Visa biasanya menjelaskan tempoh masa yang dibenarkan dan juga maksud atau tujuan anda masuk ke negara tersebut – contohnya untuk melancong, belajar,umrah,haji,bekerja dan sebagainya.

Peraturan imigresen eropah
Untuk masuk ke negara Eropah yang tertakluk di bawah Schengen Area (26 negara Eropah) rakyat Malaysia tidak memerlukan visa. Anda bebas memasuki kesemua 26 negara tersebut hanya menggunakan passport antarabangsa malaysia tanpa visa.
Di Eropah, anda boleh melewati sempadan negara tanpa halangan kerana di 26 negara tersebut tiada kawalan sempadan (border control) – maknanya anda tidak perlu cop passport di setiap negara. Contohnya dari Jerman ke Belgium dan Netherland – anda melepasi sempadan seumpama anda melepasi sempadan KL, Selangor dan Perak. Hanya papan tanda menunjukkan yang kini anda sudah berada di negara lain.

tips melancong eropah
Pengangkutan utama di Eropah adalah keretapi. Sekiranya anda seorang backpacker yang adventurous anda boleh menggunakan perkhidmatan bas. Jauh lebih murah, cuma masa diambil lebih lama.
Dengan bermodalkan 250euro (RM1000) anda boleh beli tiket Eurolines Pass dan anda boleh naik bas ke 44 bandar di Eropah termasuk di Scandinavia dan juga UK di dalam masa 2 minggu.
Sekiranya beli Euroline Pass berharga 350euro anda boleh travel ke semua bandar di eropah termasuk scandinavia dan uk dalam masa 1 bulan. Sekiranya anda plan dengan betul anda boleh mengunjungi lebih kurang 22 bandaraya utama di eropah di dalam masa 14 hari dengan bermodalkan RM1000.

Teringinkah anda untuk tinggal dan bekerja di luar negara?
Terdapat beberapa cara untuk bekerja di luar negara

cara 1.Jika anda belum mendapat pekerjaan,tidak ada kenalan samaada keluarga,saudaramara atau kawan yang di percayai  beli tiket kapal terbang dan pergilah kemana-mana 26 negara eropah masuk sebagai pelancong tanpa viza dan anda boleh tinggal selama 90 hari (3 bulan).tetapi peraturan imigresen eropah menetapkan
 sekiranya anda masuk tanpa visa, anda dikira sebagai pelancong dan anda mesti mempunyai tiket balik samada bertarikh tetap ataupun tiket terbuka tanpa tarikh (open ticket). Yang pasti, tanpa tiket balik, anda boleh ditolak dari memasuki negara tersebut (refused entry). Contohnya anda tiba di lapangan terbang Frankfurt dan cuba melepasi pegawai imigresen. Anda tunjukkan passport – pegawai akan menyemak dan sekiranya tiada visa yg dilekatkan di passport maka beliau akan bertanya berapa lama anda akan berada di Jerman? anda menjawab 3 bulan, maka dia akan meminta untuk melihat tiket balik anda. Sekiranya anda gagal menunjukkan tiket balik, kemungkinan besar anda tidak akan dibenarkan masuk dan perlu terbang balik ke Malaysia on the spot.
Dengan adanya visa pula, isu mengenai tempoh anda tinggal di negara tersebut tidak akan timbul dan pegawai imigresen tidak akan bertanyakan tiket balik anda.

Semasa anda melancong gunakan kesempatan untuk mencari kerja.Beritahu majikan baru anda untuk keluarkan surat tawaran kerja, Kemudian anda pergi ke kedutaan malaysia di negara yang anda lawati dapatkan bantuan untuk menguruskan visa,permit kerja dan sebagainya..

Jika anda terus bekerja menggunakan visa melancong apabila di tangkap anda di kira bekerja secara haram dan boleh di kenakan denda dan penjara.Seperti yang berlaku kepada pekerja indonesia,myanmar, bangladesh, cina di negara kita.


cara 2.Sekiranya anda mempunyai kenalan atau saudara yang mempunyai perniagaan di luar negara adalah paling mudah. Minta saudara atau kenalan tersebut tawarkan pekerjaan kepada anda dan beliau akan menguruskan semua dokumen serta permit untuk anda.Bula dah sampai sana pandai-pandailah anda mencari kerja.


cara 3.Sekiranya anda sudah mendapat pekerjaan melalui agensi mencari kerja natarbangsa atau anda telah membuat interview secara online dengan majikan baru anda,ada surat tawaran pekerjaan. Jadi anda kena uruskan visa pekerjaan.Caranya Pergi ke kedutaan negara tersebut dan pohon visa bekerja untuk ke negara tersebut. Anda perlu mengisi borang dan bagi sesetengah kedutaan anda perlu menghadiri temuduga sebelum visa dikeluarkan kepada anda sekiranya permohonan visa adalah untuk tujuan pekerjaan. Anda perlu menunjukkan bukti pekerjaan atau tawaran pekerjaan. Kemudian pihak kedutaan akan megesahkan perkara tersebut dengan bakal majikan anda sebelum visa dikeluarkan kepada anda. Visa akan dikeluarkan untuk tempoh 3 bulan.



 PERMIT PEKERJAAN (WORKING PERMIT)
Tidak terlalu susah untuk mendapat pekerjaan di sesebuah negara sekiranya anda rajin dan tidak memilih kerja. Namun harus diingat, bahagian yang sukar adalah untuk mendapatkan permit pekerjaan. Sekiranya bekerja tanpa permit – anda dikira melakukan kesalahan yang besar. Sekiranya ditangkap anda boleh didenda, dipenjara dan dihantar balik ke negara asal. Kebanyakan majikan terutamanya di Jerman ini tidak akan mengambil pekerja tanpa permit. Sekiranya anda memohon sesuatu pekerjaan anda perlu menunjukkan permit dan sekiranya anda barulah anda diterima.
Namun begitu – anda boleh mencuba nasib dengan meminta agar bakal majikan menyediakan permit atau menawarkan pekerjaan terlebih dahulu kepada anda. Dengan tawaran pekerjaan tersebut maka anda boleh memohon permit pekerjaan. Permit akan dikeluarkan setelah pihak imigresen berhubung dengan majikan anda dan mengesahkan perkara tersebut.
Seterusnya setelah mendapat permit kerja maka bolehlah anda memohon permit penduduk.

PERMIT PENDUDUK (RESIDENT PERMIT)
Permit penduduk adalah kad pengesahan yang menyatakan anda adalah seorang penduduk di negara tersebut. Kad tersebut menunjukkan tarikh luput biasanya selama 2 tahun dan boleh diperbaharui.
Bagaimana nak dapatkan Permit Penduduk?
Anda mestilah tinggal di negara tersebut sebelum anda diberikan permit. Permit ini biasanya diberikan untuk orang yang tinggal dan bekerja di sesebuah negara. Anda mestilah mempunyai permit pekerjaan terlebih dahulu sebelum diberikan permit penduduk. Permit turut diberikan kepada pasangan yang sudah berkahwin. Permit turut menyatakan samada orang tersebut dibenarkan tinggal dan bekerja atau dibenarkan tinggal sahaja tapi tidak boleh bekerja (biasanya diberikan kepada pasangan atau isteri/suami).
Bagi pasangan yang mempunyai permit penduduk dan di dalam permit dinyatakan yang anda dibenarkan bekerja maka anda bolehlah mencari pekerjaan dengan mudah di mana anda secara automatik telah mempunya permit pekerjaan (seperti yg dinyatakan di dalam permit penduduk). Namun sekiranya anda tidak dibenarkan bekerja, kebiasaannya anda perlu menunggu selama 2 tahun dan anda boleh memohon permit pekerjaan.


Untuk Germany, apply visa kat kedutaan germany di KL kos sekitar RM200-300 kot
Working permit dan Resident Permit di pohon setelah tiba di negara germany kos keduanya sekitar 300euro.

















Sunday, 29 September 2013

penghijrahan orang jawa ke malaysia

aku warganegara malaysia.Aku berketurunan jawa.ibu dan bapa ku orang jawa.nenek moyang ku berasal dari pulai jawa.Aku menulis asal usul bagaimana orang jawa dari pulau jawa berhijrah kemalaysia.semoga memberi maklumat bagi orang keturunan jawa yang berada di malaysia tentang asal usul mereka.

wilayah kerajaan johor lama adalah meliputi negeri johor,singapura,melaka,negeri sembilan, selangor dan pahang.Apabila portugis datang negeri melaka di tawan.Apabila inggeris datang satu malaya di tawan.

kenapa ramai orang jawa di johor dan selangor ?Kisahnya bermula apabila Sistem tanaman paksa oleh Belanda  pada tahun 1820-an yang telah memaksa penduduk Jawa menanam hanya kopi, teh dan rempah ratus sahaja telah menimbulkan kemarahan orang Jawa yang menghadapi kekurangan bahan makanan. 

Mengikut catatan sejarah, penghijrahan orang Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu yang paling aktif ialah pada tahun 1835 sehingga 1900. Ini adalah berikutan Sistem Rodi atau Tanaman Paksa yang dipaksakan oleh Belanda dan pengeluaran hukuman berat kepada sesiapa yang engkar perintah sehingga sampai ke tahap mengancam nyawa. 

Keluarga kerabat Diraja Cerebon sebagai contoh merupakan kumpulan saudagar Raja yang paling aktif kerana mereka mahir berlayar dan berdagang di serata teluk dan rantau serta pelabuhan-pelabuhan  di Nusantara.  Berdagang dan berdakwah adalah budaya hidup mereka. Mereka mewarisi ilmu pelayaran, perdagangan di samping penyibaran agama sejak turun-temurun dan berasal-usul daripada sheikh-sheikh dan pedagang Arab. 


Mengikut catatan Belanda, Temenggong Daing Ibrahim pernah berulang alik dari Jawa ke Melaka pada tahun 1800-1825 kemudian anaknya Lebai Muhamad adalah antara nakhoda Jawa berdarah Arab (orang keturunan jawa-arab ramai menetap di Cerebon) yang telah membawa masuk orang-orang Jawa ke Semenangjung Tanah Melayu. 
Mereka mempunyai jadual belayar yang tetap dan berulang alik dari Pulau Jawa sejauh Maluku, Tuban, Cerebon, Betawi, Siak, Singapura, Muar, Melaka, Selangor, Kelang, Bruas dan Kuala Kedah dari tahun 1800-1879. 
Kampung Jawa Muar (Kg Bakri) contohnya telah dibuka pada tahun 1869 oleh Hj Md Noh anak Lebai Muhamad bin Hj Ibrahim. Sebelum itu,  Penghulu Jabar yang berasal dari Jawa Timur telah mengikut kumpulan pelayaran saudagar raja Cerebon ke Parit Bakar Muar pada tahun 1860 dan membuka Parit Jawa pada 1865. Rombongan dan penghijrahan dari Jawa terus berlaku pada tahun-tahun berikutnya apabila Gerisik, Bukit Gambir, Sungai Raya dan beberapa perkampungan dan desa dibuka oleh orang Jawa di Muar dan di sepanjang pantai barat Johor atas galakan Maharaja Abu Bakar yang kemudian bergelar Sultan Johor (1885).
Gerombolan kedua orang Jawa berhijrah ke Johor, sebelah pantai timur Johor dan di sepanjang pantai barat Semenangjung adalah pada tahun 1915 sehingga hujung 1930-an berikutan pembukaan ladang getah, nenas dan teh tetapi penanaman teh tidak digemari oleh orang Jawa kerana mereka mempunyai pengalaman pahit dan hitam di Jawa sehingga pengusaha-pengusaha dan peladang Inggeris terpaksa membawa masuk perkerja dari India bekerja di ladang teh mereka. 
Pada tahun 1885, bermula sejak Maharaja Abu Bakar bergelar Sultan, semua peneroka Jawa dibenarkan menamakan kampong dan desa yang dibuka oleh mereka mengikut nama atau tempat asal usul mereka kerana kesetiaan mereka tidak diragui lagi dan Sultan Abu Bakar telah mendapat mandat dan daulat sultan secara rasmi dari kerajaan Inggeris.
Orang Jawa juga banyak dibawa masuk oleh Syarikat Konstantinople milik jutawan Arab bernama As Sagof yang mendapat konsesi membuka ladang seluas daerah Pontian. Beliau ialah sahabat baik kepada Maharaja Abu Bakar dan beliau telah membawa masuk pekerja-pekerja Jawa melalui Sistem Haji di mana beliau memberi kemudahan menunaikan fardu haji kepada pekerja Jawa melalui tabungan upah bekerja di ladang kelapanya di Pontian. Pekerja Jawa boleh menunaikan fardu haji apabila wang perbelanjaan yang dikumpulkan mencukupi. Mereka juga diberi kemudahan menunaikan haji terlebih dahulu dan kemudian bekerja untuk melangsaikan hutang.  Sesiapa yang telah menunaikan fardu haji diberi pilihan untuk pulang ke kampung halaman atau terus menetap atau bekerja mengumpul wang sebagai bekalan apabila kembali ke tanahair dengan bekerja di ladang Syarikat Konstantinople. 
Perusahaan dan perniagaan syarikat ini amat terkenal dan terbesar di Asia Tenggara ketika itu. Perdagangan yang diusahakan oleh syarikat ini termasuk perkapalan, pengangkutan laut, perladangan dan juga perniagaan barang-barang nusantara dan juga dari Cina ke Timur Tengah sehingga ke Konstantinople di Turki. Keluarga As Sagof memiliki puluhan kapal sendiri dan sebahagian besarnya berkuasa dan berinjin wap. Ladang-ladangnya terdapat di Pulau Muluku, Kalimatan atau Borneo, Pulau Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu khususnya di Johor. Pejabat-pejabat pengurusan syarikat ini terdapat di Turki, Saudi Arabia, Yemen, India, Sumatera, Pulau Jawa dan di Singapura. Pejabat terbesarnya terletak di Konstantinople Turki dan di sebelah timur terletak di Singapura dan ditengah-tengah rangkaian perdagangannya yang terletak di Yemen dan juga India.
 Di Johor, kemudahan atau Sistem Haji yang diperkenalkan  oleh Syarikat Konstantinople mendapat sambutan hangat dari penduduk Jawa yang beragama Islam kerana tiada berunsur penipuan dan penganiayaan. Berbondong-bondong orang Jawa mendaftar diri menjadi pekerja Syarikat Perladangan Konstantinople ini. Sebahagiannya terus menetap dan menjadi rakyat Johor.


Ketika Zaman Jepun (1942-1945) terdapat juga catatan sejarah di mana banyak tentera paksa berketurunan Jawa yang dibawa masuk dari pulau Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu gagal pulang dan akhirnya terus menyusup dan menetap sebagai penduduk di sini. Mereka diterima dengan baik kerana terdapat suku Jawa yang telah lama bermastautin malah diakui sebagai rakyat asal Negeri-negeri Tanah Melayu.
Kini (2012),  mengikut perincian dari statistik pembacian Jabatan Perangkaan Negeri, Johor (2010), orang Melayu adalah sebanyak 48%, Cina 40% India 8% dll bangsa 4%.  Pecahan Suku Melayu daripada sejumlah 48% itu ialah suku Jawa  sebanyak 50%, suku Melayu Bugis 12%, Melayu Johor 30% dll 8% . Boleh dikatakan orang Melayu suku Jawa adalah tunjang kepada kemajuan dan pembangunan negeri Johor.



perjalana orang jawa ke tanah melayu dan sarawak

Kompeni Hindia Belanda (VOC)

VOC merupakan syarikat besar dari Belanda yang menjalankan bisnes besar-besaran seperti perkapalan, rempah ratus, perladangan, tekstil, perdagangan, barang hiasan, tembikar, tembakau dan sebagainya. Ia telah memasuki Asia Tenggara kerana pasaran rempah ratus yang menguntungkan. Selain dari itu, Indonesia khususnya mempunyai kedudukan geografi yang sangat baik dalam bisnes kopi dan teh.

Pengaruh Belanda mula berkembang apabila Sultan Amangkurat II (Sultan Mataram) memberi kuasa kawalan kepada VOC di Semarang akibat beban hutang selepas perang. Kemudian, Kota Semarang menjadi milik VOC secara rasmi oleh Susuhan Pakubuwono I berdasarkan perjanjian yang dibuat bagi melangsaikan seluruh hutang kerajaan Mataram.

Di bawah pentadbiran VOC, Kota Semarang menjadi maju dengan pembinaan stesen kereta api, jalan raya, bangunan pentadbiran (sebagai contoh, Lawang Selu), pusat pelabuhan kapal dagang, pusat mel dan sebagainya. Dari tahun 1870-1922, Kota Semarang menjadi sebuah bandar moden. Namun sebelum itu, terdapat kepincangan dalam pentadbiran VOC pada sekitar tahun 1830-an yang menyebabkan orang Jawa memberontak.

Sistem Tanaman Paksa (Cultuurstesel atau Sistem Kultur)

Sistem tanaman paksa diperkenalkan oleh VOC pada sekitar tahun 1830-an bagi menampung kerugian yang menimpa akibat beberapa kegagalan bisnes dan perang antara Napoleon dan Nazi Jerman. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Gabenor Jeneral Johannes van den Bosch dengan menetapkan bahawa setiap desa mesti membahagikan sebahagian tanah sebanyak 20% untuk tanaman komoditi eskport iaitu kopi, tebu, nila, tembakau, kayu manis, kapas dan juga teh. Petani dikehendaki menanam tanaman komoditi tersebut dan menjualnya hasil tanaman kepada pihak VOC dengan harga yang sudah ditetapkan. Bagi petani yang tidak ada tanah sendiri, mereka diperintah untuk bekerja 75 hari dalam setahun di setiap kebun milik pemerintah dan setiap tanaman mestilah mengeluarkan hasil dalam tempoh yang singkat.

Sistem ini merupakan kawalan penuh terhadap ekonomi dan lebih keras jika dibandingkan dengan sistem monopoli VOC kerana petani hanya menanam tanaman tertentu sahaja dan menjualnya dengan harga yang sudah pun ditetapkan. Petani tidak mendapat untung dari jualan, malah kebuluran kerana tidak dibenarkan menanam padi ataupun tanaman lain yang dapat mengenyangkan perut.

Akibat dari sistem tersebut, permintaan terhadap beras meningkat dan harga beras turut melambung. Pada 1843, bencana kebuluran melanda di Cirebon, Jawa Barat, diikuti oleh Jawa Tengah pada 1850. Penduduk akhirnya merusuh dan memberontak. Kemudian, pada tahun 1870, sistem ini dihapuskan. Tetapi, sistem tanaman paksa untuk kopi diteruskan sehingga ke tahun 1915.

Galakan Temenggung Daeng Ibrahim

Sistem tanaman paksa untuk kopi berlanjutan sehingga ke tahun 1915. Walaupun beberapa tanaman paksa lain telah dihapuskan tetapi ia masih memberi kesan terhadap masalah kebuluran dan kemelut harga beras yang belum selesai. Akibat dari desakan pihak Belanda, segelintir masyarakat Jawa memutuskan untuk berhijrah keluar. Pada masa itu, perladangan gambir dan bisnes kayu kayan sangat menguntungkan di Johor.

Johor merupakan negeri di Tanah Melayu yang bekerjasama dengan pihak British dan mengamalkan dasar modenisasi dalam pentadbiran, pembangunan dan perniagaan.  Galakan pertama bermula pada 1800-1825 menerusi nakhoda Jawa berdarah Arab yang sering berulang-alik membawa orang Jawa masuk ke Tanah Melayu. Galakan Temenggung Daeng Ibrahim telah membuka peluang kehidupan yang lebih baik untuk orang Jawa ke Johor dengan memberi peluang pekerjaan, dan membuka kebun atau ladang sendiri. Galakan itu diteruskan oleh cucu Temenggung iaitu Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar bagi mengimbangi pola jumlah pekerja Cina menerusi sistem Kangcu dan juga Kangkar.
Syarikat Konstantinople

Penghijrahan orang Jawa ke Johor meningkat dan berkembang menerusi Syarikat Konstantinople. Syarikat ini dimiliki seorang saudagar Arab yang telah membuka ladang di Pontian. Saudagar itu merupakan sahabat baik kepada Sultan Abu Bakar dan telah membawa masuk pekerja dari Jawa menerusi Sistem Haji- memberi peluang kepada orang Jawa Muslim menunaikan haji, memberi wang perbelanjaan semasa bekerja dengan syarikat, dibenarkan untuk terus menetap di Johor atau dibenarkan pulang ke tempat lahir setelah selesai perjanjian. Sistem Haji ternyata menarik perhatian orang Jawa ke Johor, selain dari khabar dari luar mengenai kemakmuran dan kegemilangan Johor dan Singapura. 

Pada masa itu, Syarikat Konstantinople sangat terkenal di Asia Tenggara dan menjalankan perdagangan ke seluruh kawasan Nusantara. Perdagangan yang diusahakan termasuklah perkapalan, perladangan, hasil bumi dan sebagainya. Bisnes syarikat ini juga meluas sehingga ke Timur Tengah. Sistem Haji yang diperkenalkan oleh syarikat ini telah menarik lebih ramai orang Jawa yang mahu melepaskan diri dari pemerintahan Kristianiti Belanda dan sistem itu juga membenarkan mereka menunaikan haji serta tiada unsur penipuan.Oleh sebab itu, jumlah orang Jawa merantau ke Tanah Melayu semakin berkembang malah turut menyertai beberapa pelayaran perdagangan ke Sabah dan Sarawak. Menerusi pelayaran syarikat tersebut, beberapa siri penghijrahan telah berlaku ke kepulauan Borneo dan membina penempatan kekal.

Penaklukan Jepun

Kuasa Jepun tiba di Indonesia pada tahun 1942, kesan dari penguasaan Perang Pasifik dan pengeboman Pearl Harbour milik Amerika Syarikat. Pasukan Belanda yang terakhir tumpas pada Mac 1942. Bagi kawasan yang menjadi pusat kawalan Jepun, penduduknya berhadapan dengan perhambaan, seksaan, penahanan rawak, Jugun Ianfu (istilah untuk perempuan muda sekitar usia 14-16 yang dijadikan hamba seks kepada askar Jepun) dan hukuman mati.

Pada 26 Julai 1941, aset milik VOC telah dibekukan. Pada 8 Disember 1941, Tanah Melayu dan Filipina telah diserang. Kemudian pada 17 Disember 1941, Jepun telah mendarat di Sarawak dan menyerang Ternate. Selang seminggu, Sarawak menjadi kawasan jajahan Jepun. Siri penjajahan Jepun yang bermula pada Januari 1941 di Indonesia akhirnya berlanjutan masuk ke Tanah Melayu, kepulauan Borneo serta Filipina dengan tempoh masa yang cepat telah menyebabkan permintaan terhadap pekerja buruh, hamba dan makanan. 

Pada tahun 1942-1945, berlaku perpindahan tentera paksa (golongan Giyugun atau Heiho) dari Jawa ke Tanah Melayu (juga ke seluruh Asia Tenggara) bagi mengatasi masalah kekurangan rekrut yang kebanyakannya dihantar ke Pasifik. Malah, terdapat segerombolan pekerja paksa dari Jawa telah dikirim ke serata kawasan penaklukan Jepun bagi membantu dalam projek pembinaan landasan kapal terbang, jalan raya, jambatan dan kerja-kerja perburuhan yang lain. 

Perintah pindah tersebut menyebabkan pola jumlah orang Jawa terus berkembang di Tanah Melayu, sehingga ke Sabah dan Sarawak.

Sistem Romusha

Pendudukan Jepun sangat meluas di Asia (di China, Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura, Filipina serta di Indonesia). Pendek kata, hampir keseluruhan kawasan Asia Tenggara menjadi milik Jepun. Dengan keluasan tanah jajahan, Jepun memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi memenuhi keperluan hidup dan juga perang. Mereka memerlukan pekerja untuk memberi mereka makanan, bertani, membina kubu, menyiapkan jalan raya dan jambatan, membersihkan kawasan, dan sebagainya.

Golongan yang menjadi tenaga kerja berat untuk Jepun dikenali sebagai Romusha yang bermaksud 'askar kecil'. Sistem ini diperkenalkan di kedesaan Jawa dan mewajibkan semua petani wajib menjadi Romusha pada tahun 1943. Pada awalnya, romusha disertai oleh petani di Jawa secara sukarela sehinggalah tercetusnya perang antara Jepun dengan Pihak Bersekutu di Pasifik. Askar Jepun telah dikerah untuk menyertai perang tersebut dan menyebabkan pengerahan tenaga kerja baru yang terdiri dari penduduk lokal. Hidup menjadi seorang Romusha sangat susah kerana kesihatan mereka tidak dijamin, kebuluran, diserang penyakit, tiada jaminan perubatan dan tidak diberi pakaian yang sempurna (hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada guni dan dihinggap oleh kutu.)

Pengambilan Romusha terdiri dari dua cara iaitu:
  • kerja bakti (pada peringkat awal- program Kinrohosi atau kerja bakti/sukarela)
  • kerja paksa (menerusi kerja paksa, Romusha diperolehi dengan mengheret mereka keluar dari rumah, pengumpulan tenaga kerja dari desa ke desa, mengupah orang untuk menangkap penduduk malah menculik penduduk untuk dijadikan Romusha seperti yang pernah berlaku di Demak pada 1944-1945)
Kesimpulan

Ringkasan perjalanan Orang Jawa ke Sarawak berlaku disebabkan oleh:
  • Tekanan VOC menerusi tanaman paksa dan menyebabkan orang Jawa berhijrah.
  • Galakan pemerintah dari Johor yang lumayan membawa kepada penempatan Jawa di Johor.
  • Perluasan perdagangan antara pemerintah Johor dengan Syarikat Konstantinople yang berdagang sehingga ke Sarawak.
  • Perpindahan orang Jawa ke Sarawak menerusi Syarikat Konstantinople dan juga pengaruh British di bawah naungan keluarga Brooke.
  • Penaklukan Jepun di Sarawak dengan membawa sejumlah rekrut baru dari Jawa.
  • Sistem Romusha yang meluas sehingga ke Sarawak. 
  • Penambahan populasi Jawa di Sarawak menerusi perdagangan, penaklukan dan perburuhan telah menyebabkan beberapa perkampungan Jawa wujud seperti Kampung Kolong 1 & 2, Kampung Sungai Bedil Kecil (disebut sebagai Astana Lama), Kampung Demak, Kampung Semarang, Kampung Sourabaya, Kampung Boyan, Kampung Gersik, dan beberapa perkampungan yang lain.
_______________________________________________________________
Rujukan:
Artikel Romusha Pekerja Paksa Zaman Pendudukan Jepang 
Isnaeni, Hendri, & Apid (2008). Romusa Sejarah yang Dilupakan. Yogyakarta: Ombak
Sumarmo, A.J.(1991). Pendudukan Jepang dan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia. Semarang: IKIP Press

Artikel Kedatangan Jawa ke Johor
Menerusi blog penulisan Tengku Sheikh Engku Bendahara pada 2012.

Artikel Kota Semarang 
Menerusi laman sesawang Wikipedia 
Dikemaskini pada April 2013
Artikel Sejarah Pendudukan Jepang (1942-1945)
Menerusi blog penulisan History1978. files. wordpress pada 2008.

Artikel Tanaman Tebu di Pulau Jawa masa Tanam Paksa
Menerusi laman sesawang BudiDaya
Dikemaskini pada Mac 2013

Artikel Kampung Kolong
Menerusi laman sesawang Telecentre-Maklumat Am
Dikemaskini pada Februari 2013
 
sumber:http://themaidensgiedd.blogspot.com/2013/05/ringkasan-perjalanan-orang-jawa-ke.html